|
5.4
|
Wanita Suri Teladan Umat
|
|
|
Biodata ringkas Saidatina Khadijah AS
|
Nama sebenar |
Khadijah binti Khuwailid |
Keturunan |
Berbangsa Quraisy daripada suku bani Asad |
Gelaran |
Al-Tahirah bermaksud suci maruah diri |
Perkahwinan |
Berkahwin dengan Rasulullah SAW pada usia 40 tahun dan dikurniakan enam orang cahaya mata. |
Kerjaya |
Tokoh perniagaan yang kaya dan berjaya |
Keislaman |
Orang pertama yang menerima Islam |
Kewafatan |
Tahun ke-10 kerasulan pada usia 65 tahun. |
|
|
|
Sifat utama Saidatina Khadijah AS:
- Bijak bertindak
- Beliau merujuk seorang yang berilmu iatu Waraqah bin Naufal serta memberikan kata-kata semangat kepada Rasulullah SAW ketika baginda menerima wahyu yang pertama di Gua Hira.
- Mempunyai semangat pengorbanan yang tinggi.
- Banyak hartanya digunakan untuk membantu umat Islam, termasuklah keluarga Bani Hashim semasa dipulau oleh Musyrikin Quraisy. Pada saat kematian beliau, kesuluruhan hartanya telah digunakan ke jalan Allah SWT.
|
|
Sumbangan Saidatina Khadijah AS:
- Saidatina Khadijah AS sentiasa bersama dengan suami yang tercinta. Beliau memberi sokongan penuh dalam semua tindakan Rasulullah SAW sebagai contoh beliau menyediakan bekalan kepada Rasulullah SAW sewaktu di Gua HIra.
- Saidatina Khadijah AS menjadi pendorong dan penyokong perjuangan Rasulullah SAW memberikan dakwah Islam.
- Saidatina Khadijah AS telah membelanjakan semua hartanya untuk Islam. Beliau membantu orang yang kesusahan dengan hasil perniagaannya.
|
|
Biodata ringkas Saidatina Aisyah AS
|
Nama sebenar |
Aisyah bin Abu Bakar |
Keturunan |
Berbangsa Quraisy daripada suku bani Tamim |
Gelaran |
Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan |
Perkahwinan |
Berkahwin dengan Rasulullah SAW pada bukan Syawal, tiga tahun sebelum Hijrah. |
Kewafatan |
Tahun 58 Hijrah pada usia 67 tahun. |
|
|
|
Sifat utama Saidatina Aisyah AS:
- Cerdas dan pintar.
- Saidatina Aisyah AS mendapat didikan daripada ayahandanya dan daripada Rasulullah SAW. Beliau rajin bertanya dan selalu mengikut majlis ilmu Rasululah SAW. Antara ilmu yang dikuasainya termasuklah Al-Quran, Hadis, bahasa Arab, Syair dan Perubatan.
- Sabar dan pintar.
- Apabila difitnah golongan munafik dalam peristiwa Hadis Al-Ifk. Beliau berserah diri kepada Allah SWT. Akhirnya diturunkan ayat Al-Quran membersihkan Saidatina Aisyah daripada fitnah tersebut.
- Pemurah dan lembut hati.
- Saidatina Aisyah AS sangat dermawan. Beliau suka bersedekah apa sahaja yanga ada di tangannya. Beliau pernah memeberikan sebiji kurma kepada seorang wanita bersma dengan dua orang anaknya, sedangkan itu sahaja makanan yang beliau ada.
|
|
Sumbangan Saidatina Aisyah AS:
- Meriwayatkan tidak kurang daripada 2210 hadis Rasulullah SAW dalam pelbagai bidang.
- Tempat rujukan para sahabat dan umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW terutamanya dalam hal kewanitaan dan kekeluargaan.
- Pakar dalam pelbagai bidang ilmu antaranya termasuklah ilmu Al-Quran, Hadis, Feqah terutamanya Feqah kewanitaan, Bahasa Arab dan Syair.
|
|
Biodata ringkas Saidatina Fatimah AS
|
Nama sebenar |
Fatimah binti Muhammad SAW |
Gelaran |
Al-Zahra yang bermaksud putih berseri-seri |
Perkahwinan |
Berkahwin dengan Ali bin Abu Talib dan dikurniakan empat cahaya mata. |
Keislaman |
Kanak-kanak perempuan pertama yang menerima Islam |
Kewafatan |
Enam bulan selepas kewafatan Rasulullah SAW pada usia 28 tahun |
|
|
|
Sifat utama Saidatina Fatimah AS:
- Kasih dan taat kepada ayahandanya.
- Selain menyokong usaha dakwah, beliau juga mengurus makan dan minum ayahandanya selepas kematian ibunya sehingga digelar "ibu kepada ayahnya".
- Reda dan tabah terhadap perkara yang berlaku kepada anggota keluarganya.
- Saidatina Fatimah AS reda dengan dugaan yang dihadapinya dan tabah menghadapi kehidupan yang serba kekurangan.
|
|
Sumbangan Saidatina Fatimah AS:
- Pendorong kepada Rasulullah SAW ketika ditentang oleh kafir Quraisy.
- Mengambil berat terhadap ayahandanya dengan memberi khidmat bakti dalam menyediakan keperluan harian.
- Berjaya mendidik anak-anak menjadi muslim yang soleh.
|
|
Biodata ringkas Saidatina Sumayyah AS
|
Nama sebenar |
Sumayyah binti Khubbat |
Status |
Bekas hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah |
Perkahwinan |
Berkahwin dengan Yasir bin Amir. Anaknya bernama Amar. |
Kelebihan |
Wanita pertama yang mati syahid |
Keislaman |
Keluarga Sumayyah antara keluarga yang terawal emmeluk Islam |
Kewafatan |
Disula dengan tombok oleh Abu Jahal |
|
|
|
Sifat utama Saidatina Sumayyah AS:
- Kesabaran yang tinggi dalam mepertahankan akidah Islam.
- Sumayyah dan anggota keluarganya diseksa dengan kejam di tengah kepanasan padang pasir. Sumayyah dan keluarganya dipaksa untuk kembali kepada agama asal mereka tetapi mereka tetap beriman kepada Allah SWT. Sumayyah akhirnya mati diseksa oleh Abu Jahal.
|
|
Sumbangan Saidatina Sumayyah AS:
- Menjadi contoh dalam mempertahankan agama Islam.
- Sanggup menggadaikan nyawa demi Islam.
- Memberi imej yang baik dalam memperjuangkan akidah Islam.
|