| 
				
					
						| Cara Solat Ketika Sakit |  
						| 
							
								
									| Solat secara Berdiri bagi Orang yang tidak Mampu Rukuk atau Sujud |  
							Takbiatul ihram,bacaan al-Fatihah,iktidal & salam disempurnakan seperti biasaii).Rukuk
							
								Disempurnakan jika mampuJika tidak mampu,dilaksanakan secara menundukkan badan sehingga dua tangan dapat mencapai kedua-dua lutut.Jika tidak mampu menundukkan badan,boleh dilakukan dengan isyarat kepala.Jika tidak mampu,boleh dilakukan dengan isyarat mata.Jika tidak mampu juga,dilakukan dalam hati.Sujud:
							
								 Disempurnakan seperti biasa jika mampu.Jika tidak mampu,hendaklah dilaksanakan dengan menundukkan badan melebihi kadar rukuk dan menghampirkandahi semampunya ke tempat sujud sama ada secara berdiri ataupun duduk. Jika tidak mampu,boleh dilakukan dengan isyarat kepala.Jika tidak mampu,boleh dilakukan dengan isyarat mata. Jika tidak mampu,boleh dilakukan di dalam hati.Duduk di antara dua sujud
							
								Dilaksanakan secara berdiri (bagi yang berdiri)atau duduk di antara dua sujud yang biasa (bagi yang duduk) ataududuk mengikut kemampuan seperti bersila.Tahiyat akhir
							
								Jika tidak mampu duduk,tahiyat akhir boleh dilakukan megikut kemampuan pesakit. |  
						| 
							Solat secara duduk boleh dilaksanakan mengikut kemampuan,seperti yang berikut :
							
								Duduk iftirasy,iaitu duduk di antara dua sujud.Duduk di atas kerusi atau di tepi katil.Duduk dengan kaki berlunjur ke arah kiblat.Duduk bersila atau cara-cara lain mengikut kemampuan.Cara menunaikan solat secara duduk adalah seperti berikut:
							
								Mulakan solat dalam keadaan berdiri.Jika tidak mampu,pesakit boleh mula duduk mengikut kemampuan.ii)Takbiratul ihram,bacaan al-Fatihah,iktidal,duduk di antara dua sujud dan duduk tasyahud dilaksanakan dalamkeadaan badan tegak.iii)Rukuk
								
									Dilaksanakan dengan menundukkan badan sehingga kedudukan dahi setentang dengan tempat sujud.Jika tidak mampu,sekurang-kurangnya kedudukan dahi melepasi paras lutut.Jika tidak mampu,tundukkan badan sekadar kemampuan.iv)Sujud
								
									Dilaksanakan dengan sujd seperti biasa.jika mampu.Jika tidak mampu,sekurang-kurangnya tundukan badan lebih rendah berbanding rukuk.Jika tidak mampu,tundukkan sekadarnya.Tahiyat akhir:
								
									Sunat duduk tahiyat akhir secara turuk, iaitu seperti biasa.Jika tidak mampu, duduklah mengikut kemampuan. |  
						| 
							Pesakit mengiringkan badan di atas rusuk kanan.
							
								Jika tidak mampu,boleh mengiring di atasrusuk kiri.Muka dan dada dihadapkan ke arah kiblat.Pesakit mengiring ketika bacaan al-Fatihah,iktidal,duduk di antara dua sujud dan duduk tasyahud.Rukuk dilaksanakan dengan menundukkan sedikit kepala.Sujud dilaksanakan dengan menundukkan kepala melebihi kadar rukuk.
							
								Jika tidak mampu,tunduk sekaar kemampuan.Jika tidak mampu menundukkan kepala,gunakan isyarat mata.Jika tidak mampu,lakukan solat dalam hati. |  
						| 
							Pesakit melentang, kepala diangkat sedikit agar mukanya dapat menghadap kiblat. Kaki pesakit melunjur ke arah kiblat.Solat dilakukan dengan isyarat kepala:
							
								Rukuk dilakukan dengan menundukkan sedikit kepala.Sujud dilakukan dengan menundukkan kepala melebihi kadar rukuk.Jika tidak mampu, gunakan isyarat mata.
								
									Rukuk dilakukan dengan menutup separuh kelopak mata.Sujud dilakukan dengan memejamkan seluruh kelopak mata.Jka tidak mampu, lakukan solat dalam hati. |  |