| Potongan Ayat | Maksud | 
					
						| وَسَارِعُوْٓا اِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّنْ رَّبِّكُمْ | Dan segeralah kamu kepada (menjaga amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhanmu. | 
					
						| وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالْاَرْضُۙ اُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِيْنَۙ | Dan (mendapat) syurga yang lebarnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa. | 
					
						| الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ فِى السَّرَّۤاءِ وَالضَّرَّۤاءِ | Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah. | 
					
						| وَالْكَاظِمِيْنَ الْغَيْظَ | Dan orang yang menahan kemarahannya. | 
					
						| وَالْعَافِيْنَ عَنِ النَّاسِۗ | Dan orang yang memaafkan kesilapan orang lain. | 
					
						| وَاللّٰهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَۚ | Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang yang berbuat perkara yang baik. | 
					
						| وَالَّذِيْنَ اِذَا فَعَلُوْا فَاحِشَةً | Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji. | 
					
						| اَوْ ظَلَمُوْٓا اَنْفُسَهُمْ | Atau menzalimi diri sendiri. | 
					
						| ذَكَرُوا اللّٰهَ | Mereka (segera) ingat kepada Allah. | 
					
						| فَاسْتَغْفَرُوْا لِذُنُوْبِهِمْۗ | Lalu memohon ampun akan dosa mereka. | 
					
						| وَمَنْ يَّغْفِرُ الذُّنُوْبَ اِلَّا اللّٰهُ | Dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah. | 
					
						| وَلَمْ يُصِرُّوْا عَلٰى مَا فَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ | Mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang telah dilakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan kesalahan dan akibatnya). | 
					
						| اُولٰۤىِٕكَ جَزَاۤؤُهُمْ مَّغْفِرَةٌ مِّنْ رَّبِّهِمْ | Orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan daripada tuhan mereka. | 
					
						| وَجَنّٰتٌ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهٰرُ خٰلِدِيْنَ فِيْهَا | Dan syurga yang mengalir di bawahnya beberapa batang sungai, mereka kekal di dalamnya. | 
					
						| وَنِعْمَ اَجْرُ الْعٰمِلِيْنَۗ | Dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang yang beramal. |