Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
17: Perjanjian Hudaibiyah
17: Perjanjian Hudaibiyah
17
Perjanjian Hudaibiyah
Latar belakang peristiwa Perjanjian Hudaibiyah
Nabi Muhammad telah bermimpi mengunjungi Masjidil Haram, bercukur dan bergunting rambut bersama-sama dengan para sahabat. Baginda menceritakan mimpi tersebut kepada kaum muslimin, lalu mereka membuat persiapan menunaikan umrah dan berangkat ke Mekah pada
bulan Zulkaedah Tahun ke-6 Hijrah
.
Mereka membawa haiwan ternakan bersama-sama untuk disembelih di Baitullah. Bilangan mereka seramai 1400 orang.
Apabila tiba di Zulhulaifah, nabi dan kaum muslimin berihram umrah.
Nabi Muhammad S.A.W. mendapat berita bahwa musyrikin Quraisy di Mekah sedang bersiap sedia untuk memerangi dan menghalang rombongan Baginda. Oleh itu, Baginda memilih jalan yang jarang dilalui oleh orang ramai untuk sampai ke Mekah. Mereka terpaksa melalui jalan yang berliku-liku, di celah-celah bukit.
Nabi Muhammad S.A.W. memerintahkan kaum muslimin ahar berhenti di Thaniah Al-Murar, berhimpun dengan Hudaibiyah apabila unta Baginda yang bernama Qaswa tidak mahu meneruskan perjalanan. Di sini, Baginda dikunjungi Budail bin Warqa Al Khuzai yang bertanyakan tujuan baginda ke Mekah. Baginda menegaskan tujuan mereka semata-mata untuk menunaikan umrah. Kemudian, musyrikin Quraisy menghantar beberapa utusan lagi. Antaranya Urwah bin Mas'ud untuk berunding dengan nabi. Urwah meyakinkan musyrikin Quraisy tujuan baginda ke Mekah untuk menunaikan umrah.
Baginda mengutuskan Saidina Uthman bin Affan untuk berunding dengan musyrikin Quraisy tetapi beliau telah ditahan lalu tersebar berita bahawa beliau dibunuh. Apabila mendengar berita tersebut, baginda mengajak kaum muslimin berbaiah untuk bersama-sama mempertahankan hak dan kesucian Islam. Ikrar taat setia yang dinamakan Baitul Ridwan berlaku di bawah sepohon pokok. Selepas itu, kaum muslimin mendapat berita bahawa Saidina Uthman tidak dibunuh.
Apabila tersebar berita tentang Baitul Ridwan, musyrikin Quraisy berasa gerun dan mahu perjanjian damai dibuat. Suhail bin Amru pula diutuskan untuk berunding dengan kaum muslimin. Maka termeterailah
Perjanjian
Hudaibiyah
secara bertulis setelah Baginda bersetuju dengan syarat yang dikemukakan. Nabi Muhammad S.A.W. meyakinkan para sahabat bahawa ini ialah perintah Allah dan Allah tidak akan mempersia-siakan mereka.
Kemudian, Baginda memerintahkan kaum muslimin bertahallul dengan menyembelih haiwan ternakan merekan dan bercukur rambut. Para sahabat yang sedang berdukacita kerana hasrat mereka untuk masuk ke Mekah dihalang musyrikin Quraisy, hanya berdiam diri. Akhirnya, isteri Baginda yang bernama Ummu Salamah mencadangkan agar Baginda melakukan tahallul terlebih dahulu. Apabila kaum muslimin melihat baginda bertahallul maka mereka pun ikut bertahallul.
Isi Perjanjian Hudaibiyah
Kesannya
Gencatan senjata selama 10 tahun.
Pertumpahan darah dapat dielakkan dan penyebaran dakwah dapat dilakukan secara terang-terangan tanpa halangan.
Orang Islam tidak dibenarkan menunaikan umrah pada tahun itu.
Keazaman kaum muslimin semakin kukuh untuk kembali kemekah menunaikan umrah.
Kedua-dua pihak bebas membuat penjanjian dengan pihak yang lain.
Nabi mengambil peluang menjalinkan hubungan dengan negara dan kabilah arab yang lain.
Orang Quraisy Mekah yang datang kepada pihak NAbi S.A.W. tanpa kebenaran walinya, walaupun telah memeluk Islam hendaklah dipulangkan semula kepada kaumnya.
Peluang menyebarkan Islam melalui muamalah antara orang Islam dengan bukan Islam di Mekah.
Sesiapa daripada pihak Nabi Muhammad S.A.W yang datang kepada pihak Quraisy Mekah tidak akan dipulangkan.
Semakin ramai penduduk Mekah memeluk Islam.
Iktibar dan Hikmah Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah
Sebagai Seorang Pemimpin
Bijak merancang dan mengatur strategi.
Mengatasi masalah dengan tenang dan rasional.
Bijak membuat sesuatu keputusan.
Sebagai Seorang Yang Dipimpin
Sebagai Seorang Muslim
Mentaati perintah Allah dan Rasul.
Bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.
Menepati janji.
Info
Antara hikmah Perjanjian Hudaibiyah ialah membuktikan Islam agama yang cintakan kedamaian, dakwah Islam semakin berkembang dan titik permulaan kepada pembukaan Kota Mekah.
Rumusan
Kebijaksanaan Nabi Muhammad S.A.W. telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Hudaibiyah.
Perjanjian ini ternyata memberikan kebaikan kepada umat Islam dan faktor utama berlakunya pembukaan kota Mekah.

Chapter : Sirah
Topic : Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah
Year 6
Pendidikan Islam
View all notes for Pendidikan Islam Year 6
Related notes
18: Pembukaan Kota Mekah
19: Perkembangan Islam Selepas Pembukaan Kota Mekah
1: Tilawah Surah Asy-Syarh
2: Tilawah Surah Ad-Duha
3: Hafazan: Surah Asy-Syarh
4: Hafazan Surah Ad-Duha
5: Kefahaman Surah Al-Ma'un
6: Tajwid: Bacaan Mad pada kadar 2, 4 dan 6 harakat
7: Tajwid: Bacaan Mad pada kadar 4 dan 5 harakat
8: Tajwid: Bacaan Mad pada kadar 6 harakat
Report this note
Report Card
Evaluate your academic performance through detailed report
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account