6: Tajwid: Bacaan Mad pada kadar 2, 4 dan 6 harakat

6  Bacaan Mad pada kadar 2, 4 dan 6 harakat

 

  • Hukum mad (مد) adalah salah satu hukum tajwid yang penting dalam pembacaan Al-Quran.
  • Hukum ini berkaitan dengan memperpanjang bacaan vokal panjang (harakah) dalam huruf-huruf hijaiyah tertentu. 
  • Hukum mad terdiri dari beberapa jenis berdasarkan jumlah harakah yang diperpanjang, seperti Mad Asli (2 harakah), Mad Far'i (2 hingga 6 harakah).
  • Huruf-huruf mad iaitu ( ا و ي ) pada kadar 2 hingga 6 harakat.

 

Mad asli (مد أصلي)
  • Terjadi apabila huruf hijaiyyah bertemu dengan 3 huruf mad, iaitu ا و ي. 
  • Bacaannya adalah dua harakat.

Contohnya:

كَتَابٌ في الجَنَّةِ الرَّحِيمِ 
الْعَالَمِينَ  قُلْنَا خَلَقۡنَا
قُلُوبِهِم لَهُمۡ ءَامِنُواْ فِيهِ

 

Mad ‘Aridh Lissukun
  • Tanda Mad ‘Aridh Lissukun ialah hendak memberhentikan bacaan dan 2 huruf terakhir adalah huruf Mad

Contohnya:

شَيْءٍ قَدِيرٌ الْمُفْلِحُونَ  الْعَالَمِينَ 
وَالزَّيْتُونِ  الْكَافِرُونَ   

 

Mad Lin
  • Mad Lin berlaku apabila sifat lin iaitu (huruf wau dan ya) bertemu dengan sukun dan huruf sebelumnya berbaris atas

Contohnya:

الْخَيْرُ عَلَيْهِ وَالطَّيْرَ