| 10 | Sumber Hutan |
|
Sumber hutan merupakan sumber boleh baharu. Sumber hutan juga meliputi kawasan yang ditumbuhi oleh pelbagai jenis flora dan fauna yang hidup secara semula jadi di dalamnya. Di Malaysia, iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun serta jumlah taburan hujan yang tinggi telah menggalakkan lagi pertumbuhan sumber hutan. |
| Kepentingan Pengurusan Sumber Hutan di Malaysia |
![]() |
| Kepentingan | Keterangan |
| Keseimbangan ekosistem |
Komponen-komponen dalam ekosistem seperti komponen abiotik dan biotik sentiasa berinteraksi dan menghasilkan satu aliran tenaga dan rantaian makanan yang berterusan serta memelihara imbangan ekosistem. Pengurusan sumber hutan secara terancang adalah perlu bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem ini. |
| Keperluan masyarakat setempat | Fungsi hutan kepada masyarakat setempat penting sebagai sumber bahan makanan, membina tempat tinggal, menyediakan pelbagai peralatan dan sebagai sumber pendapatan. |
| Ekopelancongan |
Sumber hutan penting dalam membangunkan aktiviti ekopelancongan. Pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi seperti hutan lipur, air terjun dan melihat kepelbagaian flora dan fauna. Contoh: Taman Negeri Royal Belum (Perak), Taman Negara Endau-Rompin (Johor) dan Taman Negara Niah (Sarawak). |
| Membekalkan sumber bahan mentah | Pengurusan sumber hutan secara cekap dapat menjamin bekalan bahan mentah yang berterusan untuk masa hadapan seperti rotan, buluh, daun nipah, batang nibung dan daun mengkuang. |
| Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sumber Hutan di Malaysia |
| Usaha memelihara dan memulihara sumber hutan perlu dijalankan untuk mengawal kegiatan penerokaan hutan tanpa kawalan kerana sumber hutan merupakan khazanah alam yang amat bernilai kepada manusia dan alam sekitar. |
| Tapak Ramsar |
| Definisi | Peranan |
| Ramsar ialah senarai tanah lembap yang dipersetujui melalui konvensyen tanah lembap di Iran pada tahun 1971 untuk pemuliharaan tanah lembap serta sumber-sumbernya. | Menjaga tanah lembap khususnya hutan paya bakau yang mempunyai pelbagai jenis kehidupan. |
|
Pemeliharaan
Pemuliharaan
|
| Geopark |
| Definisi | Peranan |
| Geopark merujuk sesuatu kawasan yang terdapat tapak warisan geologi yang boleh digunakan oleh semua pihak bagi tujuan pemeliharaan, pendidikan dan pembangunan lestari. | Geopark berperanan mementingkan pembangunan sesebuah kawasan secara lestari. Elemen pembangunan ini dalam konsep geopark merangkumi pemuliharaan alam semula jadi. |
|
Pemeliharaan Memelihara dengan menjadikannya sebagai pusat ekopelancongan Pemuliharaan
|
| Taman Negara |
| Definisi | Peranan |
| Merupakan satu kawasan atau tempat yang dilindungi oleh kerajaan supaya biodiversiti semula jadi kawasan berkenaan dipelihara dan dikekalkan | Berperanan melindungi kepelbagaian biologi dan struktur ekologinya, menyokong ekosistem, mempromosikan pendidikan dan rekreasi. |
|
Pemeliharaan
Pemuliharaan
|
| Pembangunan Lestari |
| Definisi | Peranan |
| Pembangunan lestari ialah pembangunan yang memenuhi keperluan pada masa ini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka sendiri. | Sebagai satu gagasan pembangunan moden yang paling proaktif dan praktikal untuk menangani isu antara tuntutan pembangunan dengan pemuliharaan alam sekitar. |
|
Pemeliharaan
Pemuliharaan
|
| Peranan Agensi Dalam Pengurusan Hutan di Malaysia |
|
Badan Kerajaan Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Sabah Forestry Department
Sarawak Forestry Corporation
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM)
|
|
Badan Bukan Kerajaan Sahabat Alam Malaysia (SAM)
Malaysian Nature Society (MNS)
The Wildlife Trade Monitoring Network (TRAFFIC)
WWF
Global Environment Centre (GEC)
|
