| 08 | Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia |
| Gurun Panas |
|
Kawasan Gurun Panas meliputi Gurun Thar, Gurun Arab, Gurun Iran, Gurun Mojave, Gurun Sahara, Gurun Atacama dan Gurun Besar Australia. |
![]() |
| Ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi | Ciri hidupan liar |
|
Terdiri daripada tumbuhan xerofit. Tumbuhan yang hidup di kawasan ini tumbuh secara jarang-jarang, akar panjang yang menjalar ke dalam tanah atau merebak di permukaan bumi untuk menyerap air dan daunnya berkilat, liat dan berbulu. Contoh pokok: kaktus, prickly pear, semak samun berduri, rumput esparto dan pokok akasia bantut |
Kebanyakan hidupan liar di kawasan ini adalah jenis nokturnal. Hidupan liar di Gurun Panas menjimatkan tenaga dan air di dalam badan dengan berteduh di bawah pokok atau bersembunyi di dalam lubang dan hanya bergerak aktif pada waktu malam untuk mencari makanan. Contoh hidupan liar: unta, kala jengking, tikus jerboa, cicak hutan, biawak pasir, musang fennec, addax antelope dan rusa gazelle |
| Hutan Monsun Tropika |
|
Hutan Monsun Tropika yang mengalami musim kering dan musim hujan yang nyata tumbuh di kawasan India, Sri Lanka, Bangladesh, Filipina, Myanmar, Thailand and Laos. |
![]() |
| Ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi | Ciri hidupan liar |
|
Tumbuh-tumbuhan di kawasan ini terdiri daripada tumbuh-tumbuhan berkayu keras seperti pokok jati, penaga, cendana, jelutung, buluh dan rotan. Pokok-pokok dalam hutan ini tumbuh antara 20 hingga 30 meter. Daun pokok yang banyak dan lebar bagi mendapatkan cahaya matahari Hujung daun berbentuk tirus Hutan ini jarang dan kelihatan berlapis-lapis tetapi tidak begitu nyata. |
Kebanyakan haiwan di kawasan ini terdiri daripada haiwan yang berbulu nipis, kulit berkedut dan bersaiz besar. Haiwan seperti rusa dan gajah terdapat di lapisan lantai hutan. Di lapisan atas hutan pula terdapat monyet dan pelbagai jenis burung Terdapat juga haiwan jenis karnivor seperti harimau bengal, ular dan buaya. |
| Hutan Daun Luruh Sederhana |
|
Kawasan Hutan Daun Luruh Sederhana meliputi kawasan Amerika Utara, Jepun, New Zealand, Amerika Selatan, Eropah Barat, Korea Selatan dan Australia. |
![]() |
| Ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi | Ciri hidupan liar |
|
Pokok daun luruh mempunyai daun yang nipis dan lembut. Batang pokok mempunyai kulit tebal untuk mengurangkan transpirasi semasa musim sejuk Batang pokok berbentuk silinder dan mempunyai cabang dahan yang lebih banyak. Spesies pokok kayu keras sederhana sangat bernilai untuk kegiatan pembalakan. Contoh spesies pokok yang terkenal termasuklah oak, ash, elm, berangan, maple, poplar dan bic |
Hidupan liar yang hidup di kawasan ini terdiri daripada hidupan yang dapat menyesuaikan diri dengan perubahan musim. Sesetengah hidupan liar seperti chipmunk berhijrah atau berhibernasi pada musim sejuk. Contoh hidupan liar: White letter hairstreak, lesser purple emperor, rusa, badger, tupai merah, beaver dan musang merah. Hidupan liar jenis burung adalah seperti burung belatuk hitam dan burung hantu |
| Hutan Konifer |
|
Kawasan hutan ni meliputi Amerika Utara, Kanada Utara, Eropah dan Rusia. |
![]() |
| Ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi | Ciri hidupan liar |
|
Kanopi pokok berbentuk kon untuk mengelakkan salji terkumpul di atasnya. Batang pokok berkulit tebal, lurus dan tinggi Kepadatan pokok adalah sederhana. Daun bersaiz kecil, halus dan berbentuk jarum untuk mengelakkan kehilangan air melalui proses transpirasi. Permukaan daun bersalut lilin untuk mengelakkan ancaman fros Pokok konifer mempunyai akar yang pendek dan sesuai tumbuh di tanih podzol pada musim sejuk. Contohnya: Pain, fir, sprus dan cedar. |
Hidupan liar seperti burung dan binatang sangat aktif pada musim panas kerana mencari makanan. Pada musim sejuk, rusa dan burung akan berpindah ke kawasan yang lebih panas di bahagian selatan. Contoh hidupan liar adalah seperti beruang, moose, lynx dan tupai merah. Hidupan liar jenis burung pula adalah seperti burung hantu, belatuk, burung blue jay dan burung raven. |
| Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia |
|
Pelancongan
Penghalang hakisan
Ekonomi
Sumber perubatan
|



