| 06 | Sumber Semula Jadi di Malaysia |
| Terdiri daripada dua jenis iaitu: |
| Sumber boleh baharu | Sumber tidak boleh baharu |
| Sumber semula jadi yang tidak akan habis walaupun diambil dan digunakan secara berterusan seperti hutan, tanih dan air. |
Sumber tidak boleh baharu antaranya terdiri daripada sumber mineral yang diperoleh dengan menggali atau melombong permukaan dan kerak bumi. Terdapat sumber mineral yang digali di dasar laut seperti petroleum dan gas asli. Sumber mineral pula terbahagi kepada dua jenis, iaitu logam dan bukan logam. Sumber mineral logam ialah kuprum, bauksit, emas, bijih timah dan bijih besi. Sumber mineral bukan logam ialah kaolin, batu granit, gas asli, petroleum, arang batu dan pasir. |
| Taburan Sumber boleh Baharu di Malaysia |
|
|
Jumlah hujan kira-kira 2 600 mm setahun menjadikan Malaysia amat berpotensi membangunkan kuasa hidroelektrik Empangan ialah tambak yang dibina untuk menahan aliran air Air sungai yang diempang, apabila dilepaskan akan memutarkan turbin dan menghasilkan tenaga elektrik. Berikut merupakan senarai empangan yang terdapat di Malaysia: |
| Semenanjung | Sabah | Sarawak |
|
Empangan Pergau (Kelantan) Empangan Temenggor (Perak) Empangan Bersia (Perak) Empangan Kenering (Perak) Empangan Chenderoh (Perak) Empangan Sg. Piah Bawah (Perak) Empangan Sg. Piah Atas (Perak) Empangan Kenyir (Terengganu) |
Empangan Tenom Pangi |
Empangan Batang Ai Empangan Bakun Empangan Murum |
|
| Jenis hutan dan jenis tanih | Lokasi | Hasil hutan |
|
Hutan Hujan Tropika Tanih aluvium Tanih laterit |
Bahagian tengah Semenanjung Malaysia Bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak |
Cengal, meranti, merbau, mersawa, jelutung, keruing, nyatuh, buluh, rotan, orkid, paku-pakis dan tumbuhan herba Harimau, gajah, tapir, landak, kancil dan monyet |
|
Hutan Paya Air Tawar Tanih gambut Tanih aluvium |
Sekitar Tasik Chini, Tasik Bera, Rompin dan Pekan (Pahang) Sabak Bernam dan Tanjung Karang (Selangor) Dataran Hilir Perak Sekitar Sungai Lupar dan Sungai Rajang (Sarawak) |
Pokok mengkuang, nipah, palma, keladi air, putat, palas, keriang, meranti jaya dan semayur Ikan air tawar, katak, ular, biawak, buaya, burung dan kera |
|
Hutan Paya Air Masin Tanih gambut Tanih aluvium |
Laut Matang (Perak) Sebahagian pantai Kuala Selangor Pantai Samarahan-Sadong (Sarawak) Delta Labuk-Sugut (Sabah) |
Pokok bakau: Bakau minyak, api-api, perepat dan tumu Ikan, siput, ketam, udang, ular, burung, memerang, keluang dan kera |
|
Hutan Pantai Tanih berpasir |
Pantai Tanjung Rhu, Langkawi (Kedah) Pulau Sipadan (Sabah) Pulau Talang-talang (Sarawak) Pantai Penarik (Terengganu) |
Pokok ru, tapak kuda, mengkuang laut, bebaru, pokok kelapa dan rumput pantai Burung, tupai, ular, ketam, siput dan serangga |
|
Hutan Gunung Tanih laterit |
Gunung Kinabalu (Sabah) Pergunungan Iran (Sarawak) Gunung Jerai (Kedah) Gunung Tahan (Pahang) |
Rafflesia, periuk kera, pokok renek, paku-pakis, lumut dan kulampair Siamang, ular, burung, serangga, musang dan harimau dahan |
| Taburan Sumber Tidak boleh Baharu di Malaysia |
| Sumber | Lokasi | Kegunaan |
| Petroleum |
Luar pesisir pantai Kelantan dan Terengganu Luar pesisir pantai Sabah Luar pesisir pantai Sarawak |
Menjana tenaga elektrik Bahan api kenderaan Industri petrokimia Bahan bakar |
| Gas asli |
Luar pesisir pantai Kelantan dan Terengganu Luar pesisir pantai Sabah Luar pesisir pantai Sarawak |
Bahan api domestik Industri petrokimia Bahan api alternatif untuk kenderaan |
| Emas |
Sekitar Raub dan Kuala Lipis (Pahang) Bau (Sarawak) Sekitar Rusila (Terengganu) |
Jongkong emas Barangan kemas |
| Arang batu |
Silimpopon, Maliau (Sabah) Bintulu, Mukah, Merit-Pila, Silantek, Balingian (Sarawak) |
Menjana tenaga elektrik Melebur besi |
| Kepentingan Sumber Semula Jadi dalam Pembangunan Ekonomi di Malaysia |
|
Menyediakan sumber bahan mentah
Peluang pekerjaan
Kemajuan infrastruktur
Menjana pendapatan negara
Pembukaan kawasan baharu
|