| 05 | Hidupan Liar di Malaysia |
|
| Berikut merupakan beberapa contoh hidupan liar yang terdapat di Malaysia: |
| Hidupan Liar di Malaysia | Keterangan |
| Tapir |
Populasi: Kira-kira 1 100 hingga 1 500 ekor Habitat: Hutan tropika Lokasi: Tersebar secara meluas dari hutan paya hingga hutan pergunungan rendah di Semenanjung Malaysia Cara pemakanan: Herbivor |
| Harimau Malaya |
Populasi: Kira-kira 250 hingga 340 ekor Habitat: Hutan pamah, hutan paya gambut, hutan gunung dan belukar kecil Lokasi: Tersebar dari hutan paya hingga hutan pergunungan rendah Cara pemakanan: Karnivor |
| Beruang matahari (beruang madu) |
Populasi: Tiada data ditemui Habitat: Hutan tropika Lokasi: Kawasan hutan sehingga ketinggian kurang daripada 2 700 m dari aras laut Cara pemakanan: Omnivor |
| Penyu |
Populasi: Tiada data ditemui Habitat: Pantai terbuka, pantai berpasir dan pulau-pulau Lokasi: Perairan Terengganu, Melaka, Johor, Perak, Sabah dan Sarawak Cara pemakanan: Omnivor |
| Dugong |
Populasi: Kira-kira 100 ekor Habitat: Padang rumput laut Lokasi: Perairan Johor, Sabah dan Sarawak Cara pemakanan: Herbivor |
| Enggang |
Populasi: Tiada data ditemui Habitat: Hutan tropika dan subtropika Lokasi: Tersebar secara meluas di hutan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak Cara pemakanan: Omnivor |
| Badak Sumatera |
Populasi: Kira-kira 30 ekor (Sabah) Habitat: Tanah rendah berbukit dan lembah Lokasi: Taman Negara, Taman Negara Endau-Rompin, Taman Negeri Royal Belum dan beberapa kawasan hutan simpan Cara pemakanan: Herbivor |
| Monyet Belanda (Proboscis) |
Populasi: Kira-kira 5 000 ekor Habitat: Hutan dipterokarpa, hutan paya bakau dan hutan tanah rendah yang berdekatan dengan air dan sungai Lokasi: Kawasan tepi Sungai Kinabatangan, Sungai Klias, Sungai Sugut dan Kuching Wetlands National Park Cara pemakanan: Omnivor |
| Orang utan |
Populasi: Kira-kira 12 300 ekor Habitat: Hutan tanah rendah, hutan tropika, hutan paya dan hutan gunung Lokasi: Lanjak Entimau Wildlife Sanctuary, Taman Negara Batang Ai dan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok Cara pemakanan: Omnivor |
| Gajah Pygmy |
Populasi: Kurang daripada 1 500 ekor Habitat: Tanah rendah dan lembah Lokasi: Hutan di Kinabatangan, Tabin dan tengah Sabah Cara pemakanan: Herbivor |
| Kepentingan Hidupan Liar di Malaysia |
| Kepentingan | Keterangan |
| Keseimbangan ekosistem |
Keseimbangan ekosistem amat penting bagi meneruskan kelangsungan hidup bagi haiwan dan tumbuh-tumbuhan secara langsung atau tidak langsung. Hidupan liar ialah sebahagian daripada komponen siratan makanan dan jika terdapat gangguan mana-mana organisma dalam aras trofik akan mengubah aliran tenaga yang seterusnya akan menjejaskan keseimbangan ekosistem. |
| Ekopelancongan |
Ekopelancongan ialah pelancongan yang berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semula jadi yang memberi peluang kepada pelancong untuk melihat dan berinteraksi dengan hidupan liar, dapat mendidik masyarakat tentang pentingnya usaha pemuliharaan hidupan liar, dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan seperti pemandu pelancong, jurulatih skuba dan pengendali hidupan liar. |
| Pendidikan |
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) melalui penubuhan pusat pemuliharaan dan pembiakbakaan spesies yang terancam, menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran berkenaan hidupan liar dan dapat menjalinkan hubungan kerjasama antara jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan hidupan liar melalui projek penyelidikan. Menyediakan peluang kerjaya dalam bidang profesional seperti veterinar, pensyarah, penyelidik dan ahli forensik. Melestarikan alam sekitar melalui program kitar semula dan menggalakkan inovasi dalam kalangan murid untuk menghasilkan teknologi yang lebih mesra alam agar dapat memulihara dan memelihara alam sekitar. |
| Kegiatan Manusia yang Mengancam Hidupan Liar di Malaysia |
| Kegiatan manusia | Kesan |
| Pembalakan | Kemusnahan habitat flora dan fauna, permukaan tanah terdedah kepada agen-agen hakisan, kurangnya proses sejat peluhan, peningkatan kandungan karbon dioksida di atmosfera yang turut meningkatkan suhu bumi, tanah menjadi tandus, hidupan liar diancam kepupusan, kejadian banjir di kawasan tanah rendah dan pencemaran sumber air. |
| Pengkuarian | Kemusnahan habitat hidupan liar, bunyi bising di kawasan kuari dan sekitar mengganggu ketenteraman hidupan liar, pencemaran udara melalui habuk dan debu kering yang terampai di udara, pencemaran air melalui air larian permukaan yang membawa debu dan kotoran ke sungai, berlaku banjir di kawasan yang rendah, hidupan liar terpaksa mencari habitat baharu yang lebih selamat. |
| Pembinaan empangan | Kemusnahan hutan yang besar, habitat hidupan liar musnah, keseimbangan ekosistem dan rantai makanan terjejas. |
| Pertanian |
Penerokaan kawasan hutan untuk membuka kawasan pertanian mengakibatkan landskap asal berubah, rantai makanan dalam ekosistem terganggu, kemusnahan habitat hidupan liar, kualiti tanih merosot hidupan air terjejas apabila racun serangga dan bahan kimia dibawa oleh air larian permukaan ke sungai. |
| Pengangkutan dan perhubungan | Pembinaan jaringan pengangkutan, terutamanya di kawasan tanah tinggi menyebabkan penebangan hutan yang luas, habitat hidupan liar terganggu, hidupan liar bertindak mencari habitat yang baharu ,terdapat hidupan liar yang mati akibat dilanggar oleh kenderaan semasa melintas jalan. |
| Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar di Malaysia |
|
|
| Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pindaan 1985 |
Mewartakan kawasan yang kaya dengan sumber sebagai kawasan pemeliharaan seperti taman negara dan taman laut Hukuman denda dan penjara kepada pesalah yang merosakkan dan mencemarkan sumber alam Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan memantau perkara yang berkaitan dengan air dan kualiti udara, sisa industri, paras kebisingan dan penilaian impak alam sekitar |
| Akta Perhutanan Negara 1984 |
Peruntukan mengenai pentadbiran, pengurusan, pemuliharaan hutan dan pembangunan hutan di Malaysia Mewujudkan hutan simpan kekal Larangan mengambil hasil hutan daripada kawasan hutan simpan kekal |
| Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 |
Mengeluarkan lesen untuk permohonan memburu haiwan Pengisytiharan rizab hidupan liar dan kawasan perlindungan hidupan liar |
|
| Kempen Save The Day |
Kempen kelolaan WWF Menyelamatkan penyu dan harimau di Malaysia Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepupusan haiwan-haiwan tersebut |
| Kempen We Hug Tapir 2018 |
Kempen bersempena sambutan Hari Tapir Sedunia disambut pada 27 April setiap tahun Meningkatkan kesedaran bahawa tapir merupakan spesies yang hampir pupus Menjelaskan jenis spesies tapir, habitat tapir dan mendidik generasi muda akan kepentingan menjaga dan memelihara tapir |
| Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik dan Hari Tanpa Beg Plastik |
Beg plastik tidak lagi dibekalkan secara percuma kepada pengguna di pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan premis perniagaan terpilih di seluruh negara pada hari tertentu Terdapat beberapa negeri seperti Selangor dan Melaka yang mempraktikkan hari tanpa beg plastik tujuh hari seminggu Mendidik masyarakat supaya menggunakan beg mesra alam seperti beg biodegradasi |
| Hari Tenggiling Sedunia |
Disambut pada hari Sabtu ketiga bulan Februari setiap tahun Meningkatkan kesedaran manusia tentang pemuliharaan hidupan liar tersebut Menghentikan kegiatan perdagangan haram tenggiling |
|
|
Pusat konservasi dan taman negara adalah antara usaha yang dilakukan untuk melestarikan alam sekitar. Pusat konservasi ditubuhkan untuk tujuan penyelidikan, pendidikan, rekreasi dan ekologi. Taman negara pula merupakan habitat bagi kebanyakan spesies hidupan liar di Malaysia. |
|
|
Tujuan penyelidikan dan pembangunan tentang hidupan liar:
|
| Penyelidikan | Keterangan |
| Kajian tentang habitat Harimau Malaya oleh PERHILITAN | Mengenal pasti habitat sesuatu hidupan liar |
| Diagnosis dijalankan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Universiti Malaysia Sabah terhadap buaya yang sakit di Tuaran Crocodile Farm (Sabah) | Mengenal pasti jenis penyakit yang dihidapi oleh spesies hidupan liar |
| Kajian tentang makanan untuk beruang matahari oleh Bornean Sun Bear Conservation Centre | Mengetahui makanan yang sesuai dengan hidupan liar |
| Kolaboratif PERHILITAN dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkenaan spesies terancam | Menjalin kerjasama penyelidikan antara agensi kerajaan dengan universiti tempatan |
| Projek pembiakan dalam kurungan untuk meningkatkan populasi seladang di Jenderak Selatan (Pahang) | Kaedah pembiakan untuk mengekalkan spesies hidupan liar |
| Kajian tentang perilaku tapir oleh Malay Tapir Conservation Centre (MTCC) di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun (Selangor) | Mengkaji kemandirian dan sifat hidupan liar |
|
|
| Elemen-elemen EIA: |
| Objektif EIA | Meramal dan menjangkakan kesan projek pembangunan ke atas alam sekitar, meneliti dan memilih alternatif projek yang terbaik, mengenal pasti dan memberi langkah kawalan sesuatu projek pembangunan, meramal impak ke atas alam sekitar dan mengenal pasti kos terhadap alam sekitar dan faedah projek kepada masyarakat |
| Perundangan dalam EIA |
Seksyen 34A (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127)-Pindaan 1985 Denda tidak melebihi RM100 000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika gagal mematuhi peraturan EIA mula dikuatkuasakan di Malaysia pada 1 April 1998 |
| Contoh aktiviti yang memerlukan EIA |
Pembalakan dan pertanian yang melebihi keluasan 500 hektar Pembinaan empangan hidroelektrik yang melebihi keluasan 400 hektar Pembinaan resort atau hotel di tepi pantai yang melebihi 80 bilik Pembinaan infrastruktur seperti pembinaan hospital, lebuh raya, lapangan terbang, landasan kereta api dan bandar baharu |
|
| Pendidikan alam sekitar ialah proses pembelajaran yang melibatkan penyelesaian masalah dan keupayaan murid untuk membuat keputusan yang tepat demi masa depan, khasnya untuk generasi akan datang terhadap keperluan dan pemeliharaan alam sekitar. |
![]() |
|
|
Hutan simpan merupakan kawasan hutan yang diwartakan untuk tujuan perhutanan dan ditadbir oleh Jabatan Perhutanan Negeri. Pokok di kawasan hutan ini tidak boleh ditebang kerana dilindungi oleh undang-undang di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313). Contoh hutan simpan:
|
