|
||
| Taburan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia | ||
|
||
| Jenis Tumbuh-tumbuhan di Malaysia | ||
![]() |
||
|
Hutan Hujan Tropika
|
| Lapisan | Keterangan |
| Lantai hutan |
Ketinggian pokok kurang daripada 10 meter Tumbuh-tumbuhan jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari Dilitupi oleh daun kering dan dahan reput Terdapat tumbuh-tumbuhan saprofit yang hidup memakan bahan reput |
| Tengah |
Ketinggian pokok di antara 10 hingga 20 meter Pokok-pokok kecil Terdapat tumbuh-tumbuhan epifit yang menumpang di atas pokok lain Terdapat juga tumbuh-tumbuhan parasit yang memanjat pokok lain untuk mendapatkan air, garam dan mineral dari pokok tersebut |
| Kanopi (silara) |
Ketinggian pokok di antara 20 hingga 40 meter Lapisan pelindung cahaya matahari daripada menembusi lantai hutan |
| Renjong (emergen) |
Ketinggian pokok di antara 40 hingga 50 meter Pokok berkayu keras dan tumbuh rapat-rapat Batang lurus dan tinggi untuk mendapatkan cahaya matahari |
|
Hutan Pantai
|
|
Hutan Paya Air Tawar
|
| Lapisan | Keterangan |
| Pokok renek |
Tumbuh-tumbuhan adalah jarang kerana kurang cahaya matahari Lantai hutan dibanjiri air pada musim hujan |
| Tengah | Pokok bersaiz kecil dan sederhana |
| Kanopi (silara) |
Pokok berkayu keras dan tinggi Membentuk kanopi yang tidak sejajar |
|
Hutan Paya Air Masin
|
|
Hutan Gunung
|
| Lapisan hutan | Keterangan |
| Hutan montane bawah |
Ketinggian: 1 200-1 800 m Dikenali sebagai Hutan Daun Luruh Ketinggian pokok di antara 15 meter hingga 33 meter Jenis tumbuhan: pokok oak, laurel, tumbuhan epifit seperti orkid dan paku langsuyar |
| Hutan montane atas |
Ketinggian: 1 800 m-2 900 m Terdapat pokok-pokok daun tirus dan kebanyakan pokok adalah rendah Ketinggian pokok di antara 1.5 meter hingga18 meter Hanya terdapat satu lapisan hutan sahaja Lantai hutan yang lembap dan ditumbuhi lumut Jenis tumbuhan: pain, sprus, gelam gunung, tumbuh-tumbuhan epifit seperti liken dan lumut, bunga rafflesia, periuk kera dan pokok rhododendron |
| Tumbuhan hampir alpain |
Ketinggian: 2 900-3 500 m Terdapat hutan campur jenis pokok bantut dan rumput Jenis tumbuhan: pokok renek konifer, rumput jenis Low's Buttercup, Bornean eyebright, red sanicle dan periuk kera |
| Tumbuhan alpain |
Ketinggian: melebihi 3 500 m Terdapat tumbuhan renek dan lumut Jenis tumbuhan: orkid dan lumut |
| Faktor-faktor yang Mempengaruhi Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia |
![]() |
|
Bentuk muka bumi Tanah pamah dan kaki bukit
Muara sungai, pinggir tasik dan pinggir laut
Tanah tinggi melebihi 1 200 meter dari aras laut
|
|
Saliran
|
|
Iklim
|
|
Tanih
|
![]() |
| Jenis tanih | Keterangan |
| Aluvium dan laterit |
Terdapat di kawasan Hutan Hujan Tropika Lokasi: Kaki Banjaran Titiwangsa (Perak) dan Banjaran Tahan (Pahang) Jenis pokok: Cengal, meranti, tualang |
| Gambut dan aluvium |
(i) Terdapat di kawasan Hutan Paya Air Masin Lokasi: Laut Matang (Perak), Muara Sungai Perak dan Tanjung Piai (Johor) Jenis pokok: pokok bakau, bakau jongkong, bakau api-api (ii) Terdapat di kawasan Hutan Paya Air Tawar Lokasi: Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang) serta Delta Rajang (Sarawak) Jenis pokok: Nipah, mengkuang, terap |
| Berpasir |
Terdapat di kawasan Hutan Pantai Lokasi: Pantai Irama (Kelantan) dan Pantai Tanjung Rhu (Langkawi) Jenis pokok: Tapak kuda, pokok ru, pokok kelapa |
| Laterit |
Terdapat di kawasan Hutan Gunung Lokasi: Gunung Kinabalu (Sabah) dan Gunung Jerai (Kedah) Jenis pokok: oak, laurel, paku pakis |
| Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia |
![]() |
|
Sumber perubatan
|
|
Habitat
|
|
Keseimbangan ekosistem
|
|
Sumber bahan mentah
|
|
Kawasan tadahan hujan
|
| Kesan Kegiatan Manusia terhadap Tumbuh-tumbuhan Semula jadi di Malaysia |
| Kesan positif | Kesan negatif |
|
Pembangunan hutan Program Penubuhan Ladang Hutan (PPLH) telah dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan tekanan ke atas hutan asli sebagai sumber bahan mentah dan untuk memastikan ketersediaan berterusan bagi industri kayu tempatan pada tahun 2006. Bagi meningkatkan kadar penanaman semula hutan, semua pihak diarahkan mengkaji spesies pokok yang hendak ditanam serta penjagaan pokok-pokok yang telah ditanam. Dalam program berkenaan, spesies yang disenaraikan ialah jati, sentang, getah, khaya, akasia, batai, kelempayan dan binuang. Namun, tumpuan diberikan kepada pokok getah dan pokok akasia. Penghutan semula Agensi seperti Jabatan Perhutanan, Institusi Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah mengambil langkah untuk memulihara hutan. Antaranya adalah dengan menanam pokok yang bermutu dan tahan daripada serangan penyakit di kawasan hutan yang telah ditebang. FRIM juga telah menjalankan aktiviti penghutanan semula di Hutan Lipur Bukit Lagong, Kepong (Kuala Lumpur) dengan menjadikan kawasan tersebut sebagai hutan rekreasi yang terkenal sehingga diiktiraf sebagai hutan tropika buatan manusia tertua di dunia. Taman Negara Taman negara merupakan kawasan yang terdiri daripada pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi, tumbuh-tumbuhan ubatan dan tumbuh-tumbuhan yang jarang dijumpai. Tumbuh-tumbuhan di taman negara ini dijaga dan disimpan dengan baik bagi mengekalkan biodiversiti alam sekitar. Taman negara juga paling banyak dijadikan kawasan pelancongan kerana tersedia dengan pelbagai prasarana. Di Malaysia, terdapat taman-taman negara yang diuruskan di bawah kerajaan negeri dan terdapat juga di bawah kerajaan persekutuan. Di negeri Sarawak, terdapat 30 buah taman negara dengan jumlah keluasan 623 463 hektar yang ditadbir oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak, manakala di negeri Sabah terdapat sembilan buah taman negara, iaitu tiga taman terestrial dan enam taman marin di bawah Lembaga Pemegang Amanah Taman-taman Sabah. Hutan Simpan Kekal Hutan simpan kekal di Malaysia boleh ditetapkan sebagai kawasan sensitif alam sekitar kerana hutan merupakan kawasan yang berkepentingan dan bernilai tinggi dari segi kepelbagaian biologi. Menggalakkan penghasilan dan penggunaan hasil hutan yang dapat memberi faedah kepada ekonomi secara maksimum serta menggalakkan pembangunan perindustrian berkaitan dengan hasil hutan melalui program pembangunan hutan yang terancang Contoh lokasi hutan simpan kekal di Malaysia ialah Hutan Simpan Kabili-Sepilok (Sabah), Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan Hutan Simpan Raja Musa (Selangor). |
Ketidakseimbangan ekosistem Kestabilan ekosistem hutan terganggu akibat berlakunya penyahhutanan. Kawasan hutan yang padat dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi dimusnahkan untuk tujuan pembinaan dan pembukaan kawasan ladang, pembinaan infrastruktur dan pembalakan. Penyahhutanan menyebabkan ekosistem hutan terganggu dan berlaku ketidakseimbangan dalam siratan makanan, berlaku bencana alam seperti banjir lumpur dan tanah runtuh serta menyebabkan kawasan tadahan hujan terganggu. Hakisan tanih Pembalakan mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan air hujan. Kekurangan proses infiltrasi (kemusnahan akar pokok yang berfungsi menyerap air larian permukaan ke dalam tanah) menyebabkan air hujan jatuh dengan laju ke permukaan bumi dan meningkatkan kadar hakisan tanih. Tanih yang terhakis akan diangkut oleh aliran air hujan dan menyebabkan sungai menjadi cetek. Sungai yang cetek ini akan menyebabkan banjir berlaku dan mengakibatkan kerosakan harta benda. Kawasan tadahan hujan terganggu Hutan merupakan kawasan semula jadi yang luas untuk menadah air hujan. Namun penerokaan hutan yang tidak terancang oleh manusia menyebabkan kawasan tadahan hujan akan terganggu. Hal ini menyebabkan empangan untuk menakung air akan menjadi cetek kerana kelodak lumpur masuk ke dalam empangan. Kepupusan flora dan fauna Penerokaan hutan yang tidak terancang menyebabkan flora dan fauna kehilangan habitat dan kekurangan sumber makanan. Keadaan ini juga menyebabkan haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan semakin pupus. Contoh tumbuh-tumbuhan yang diancam kepupusan adalah seperti periuk kera, tongkat ali, pokok bakau, pokok cengal dan pokok meranti. Contoh haiwan liar yang semakin pupus adalah seperti gajah, badak Sumatera, tapir, harimau Malaya, kancil, kambing gurun dan sebagainya. |



