Bahan Komposit

8.4   Bahan Komposit
 
Pengenalan kepada Bahan Komposit
  • Bahan komposit adalah bahan yang dibuat daripada menggabungkan dua atau lebih bahan yang tidak homogen.
  • Bahan tidak homogen ini adalah bahan matriks dan bahan pengukuhan.
  • Bahan matriks mengikat bahan pengukuhan bersama.
  • Kedua-dua komponen bahan komposit mempunyai sifat fizik atau sifat kimia yang berlainan.
  • Apabila digabungkan, bahan komposit yang terhasil akan mempunyai sifat yang lebih baik daripada komponen asal.
 
Imej ini menunjukkan diagram komposit dengan lima komponen utama yang disusun dalam bentuk bulatan mengelilingi ikon mentol lampu biru dengan tanda semak di tengah. Lima komponen tersebut adalah: 1. Konkrit diperkukuh 2. Kaca gentian 3. Ggentian optik 4. Superkonduktor 5. Kaca fotokromik. Setiap komponen dihubungkan dengan anak panah merah yang menunjukkan aliran dari satu komponen ke komponen yang lain. Di sudut kiri atas terdapat logo Pandai.
 
Komposit
Konkrit Diperkukuh
  • Bahan:
    • Simen
    • Batu kerikil
    • Pasir
    • Air
Kaca Gentian
  • Bahan:
    • Silika
    • Natrium karbonat
    • Kalsium karbonat
Gentian Optik
  • Bahan:
    • Kaca
    • Kuprum
    • Aluminium
Superkonduktor
  • Bahan:
    • Niobium
    • Germanium
Kaca Fotokromik
  • Bahan:
    • Silika lebur
    • Argentum klorida
 
Kegunaan Bahan Komposit
Konkrit Diperkukuh
  • Bangunan
  • Jambatan
Kaca Gentian
  • Bampar kereta
  • Topi keledar
Gentian Optik
  • Telekomunikasi
  • Rangkaian komputer 
Superkonduktor
  • Pengankutan
  • Alat pengimejan resonan magnet (MRI)
  • Mesin resonans magnet nukleus (NMR)
Kaca Fotokromik
  • Tingkap kaca untuk bangunan dan kereta
  • Kanta kamera
 
Perbandingan dan Perbezaan Sifat Bahan Komposit dengan Komponen Asal
Perbandingan Sifat Konkrit Diperkukuhkan dengan Bahan Asal
  • Konkrit dapat menampung daya mampatan yang tinggi tetapi akan pecah jika dikenakan daya regangan yang tinggi.
  • Gabungan konkrit dan tetulang keluli atau jejaring dawai akan meningkatkan kebolehan konkrit untuk menahan daya regangan.
Perbandingan Sifat Kaca Gentian dengan Bahan Asal
  • Matriks plastik yang terdiri daripada plastik bersifat lemah, lembut dan mudah terbakar.
  • Sifat plastik diperkukuhkan dengan penambahan gentian kaca.
Perbandingan Sifat Gentian Optik dengan Bahan Asal
  • Gentian optik mempunyai kekuatan mampatan yang tinggi walaupun bahan asal, iaitu gentian kaca bersifat rapuh.
Perbandingan Sifat Kaca Fotokromik dengan Bahan Asal
  • Kaca bersifat lut sinar, iaitu tidak menyerap sinaran UV.
  • Hablur garam argentum halida seperti argentum klorida, AgCl pula bersifat lut sinar kepada cahaya nampak dan menyerap sinaran UV pada masa yang sama.
Perbandingan Sifat Superkonduktor dengan Bahan Asal
  • Superkonduktor boleh mengalirkan arus elektrik tanpa rintangan pada suhu yang sangat rendah manakala bahan asal bersifat sebaliknya.