Seramik

 
8.3   Seramik
 
  •  Pepejal yang terdiri daripada bahan bukan organik dan bahan bukan logam. 
  • Terhasil daripada proses pembentukan dan pengerasan menggunakan kaedah pemanasan pada suhu yang tinggi. 
  • Sifat asas seramik;
    • Penebat haba
    • Rintangan haba tinggi
    • Mudah pecah
    • Lengai secara kimia
    • penebat elektrik
    • Keras dan kuat
  • Contoh bahan yang membentuk seramik
    • Sebatian logam: Aluminium oksida, \(Al_2O_3\)
    • Sebatian bukan logam: Titanium karbida, \(TiC\)
    • Sebatian separa logam: Silikon karbida, \(SiC\)

 

Seramik tradisional

  • Diperbuat daripada tanah liat seperti kaolin, \(Al_2O_3.2SiO_2.2H_2O\)
  • Tanah liat dicampur dengan air untuk menghasilkan campuran lembut dan mudah dibentuk.
  • Kemudian, campuran ini dibakar pada suhu yang tinggi. 
  • Pada kebiasaannya, seramik tradisional digunakan dalam pembuatan batu-bata, tembikar dan pinggan mangkuk. 

 

Seramik termaju

  • Diperbuat daripada bahan bukan organik seperti oksida, karbida dan nitrida.
  • Mempunyai rintangan haba dan lelasan yang lebih tinggi, lebih lengai secara kimia serta memiliki sifat superkonduktiviti. 
  • Silikon karbida:
    • Digunakan untuk membuat cakera pemotong keran sifatnya yang keras dan kuat. 
    • Digunakan untuk membuat cakera brek kerana sifatnya yang tahan kejutan terma dan rintangan tinggi terhadap habaa. 
  • Seramik termaju juga digunakan untuk mebuat cincin tungsten karbida kerana sifatnya yang kerasa dan tahan kepada lelasan.