|
||
|
||
![]() |
||||||||||||
| Kata Penegas Partikel | ||||||||||||
|
||||||||||||
| Kata Penegas Akar |
|
| Kata Penegas | Makna | Contoh Ayat |
|---|---|---|
| Juga | Sering digunakan untuk menegaskan sesuatu pernyataan |
Ali bukan sahaja aktif dalam sukan tapi dia juga seorang pelajar yang cemerlang. Ali juga ingin mengikut lawatan yang bakal diadakan itu. |
| Lagi | Berfungsi untuk memberi penekanan kepada ayat penyata atau ayat tanya |
Bila lagi kamu akan pergi melawat adik kamu di hospital? Kereta api dari Ipoh itu masih belum tiba lagi. |
| Pun | Memberi penekanan kepad ayat penyata |
Murid-murid perempuan pun turut serta dalam acara sukan tersebut. Apabila pengetua memberi ucapan, semua pelajar pun berhenti bercakap dan menumpukan sepenuh perhatian. |
| Memang | Sering digunakan untuk memberi penekanan kepada ayat penyata. |
Siti memang tidak suka makan buah durian. Cikgu Ali memang akan menjadi guru disiplin yang baru. |
| Sahaja | Digunakan untuk menegaskan atau memberi penekanan kepada ayat penyata atau ayat tanya |
Adakah Siti seorang sahaja yang hadir ke kelas tambahan itu ? Di dalam keluarga tersebut hanya Amin sahaja yang tidak mempunyai bakat dalam bidang lukisan. |
