5.11
|
|
|
|
|
|
|
Simpulan Bahasa |
|
|
|
| Simpulan Bahasa | Maksud |
| Ajak-ajak ayam | Tidak bersungguh-sungguh semasa mengajak seseorang. |
| Anak emas | Anak yang disayangi oleh ibu bapa atau orang atasan. |
| Batu api | Orang yang suka menghasut orang lain. |
| Lupa daratan | Melupakan asal usul setelah mendapat kemewahan. |
Bidalan |
|
| Maksud | Contoh ayat |
| Biar mati anak, jangan mati adat | |
| Orang yang kuat berpegang pada adat | Banyak adat lama masih diamalkan oleh masyarakat kini, kerana orang perpegang kepada biar mati anak jangan mati adat. |
| Biar putih tulang jangan putih mata | |
| Lebih baik mati daripada tidak dapat apa yang diidam | Leftenan Adnan sanggup menggadai nyawa mempertahankan tanah air kerana baginya, biar putih tulang, jangan putih mata. |
| Ada udang di sebalik batu | |
| Ada sesuatu yang dimahukan di sebalik perkara yang dilakukan | Lelaki yang selalu datang rumah Hashim agak mencurigakan kerana daripada tingkah lakunya seolah-olah ada udang di sebalik batu. |
| Musang berbulu ayam | |
| Orang jahat berpura-pura baik | "Kita perlu berhati-hati dengan orang yang tidak kita kenali. Berkemungkinan mereka adalah musang berbulu ayam" kata Amin kepada adik-adiknya. |
Perumpamaan |
| Perumpamaan ialah susunan kata-kata ringkas yang mempunyai maksud tersirat. Perumpamaan selalunya didahului oleh kata sendi nama contohnya seperti, bagai dan umpama. |
| Perumpamaan | Makna perumpamaan |
| Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing | Hanya mementingkan diri sendiri walaupun berada dalam satu kumpulan. |
| Bagai aur dengan tebing | Tolong-menolong di antara satu sama lain. |
| Seperti anjing dengan kucing | Adik-beradik yang suka bergaduh. |
| Seperti mencurahkan air ke daun keladi | Memberi nasihat kepada orang yang tidak mempedulikan nasihat itu. |
| Bagaimana acuan begitulah kuihnya | Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya. |
Peribahasa |
|
|