| 09 | Pemanasan Global |
|
|||
| Kesan rumah hijau | |||
![]() |
|||
| Sumber gas rumah hijau | |||
| Aktiviti | Jenis gas |
| Pembakaran terbuka | Karbon dioksida |
| Penjanaan tenaga elektrik terma | Karbon dioksida |
| Pengangkutan | Karbon dioksida dan karbon monoksida |
| Perindustrian | Karbon dioksida, nitrogen dioksida dan CFC |
| Pertanian | Metana dan nitrus oksida |
| Letusan gunung berapi | Karbon dioksida, karbon monoksida dan sulfur dioksida |
| Faktor-faktor Pemanasan Global |
| Faktor aktiviti manusia | Faktor semula jadi |
|
Aktiviti pertanian yang menggunakan racun serangga dan baja kimia secara berlebihan. Penyahhutanan secara besar-besaran bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan dan perindustrian. Pembebasan asap oleh kenderaan bermotor dan aktiviti perindustrian yang menggunakan bahan api fosil sebagai bahan bakar utama. Pembakaran terbuka. |
Letusan gunung berapi yang mengeluarkan banyak asap dan debu. Penerimaan pancaran matahari yang berlebihan. Kebakaran hutan secara semula jadi. |
| Kesan-kesan Pemanasan Global |
| Peningkatan aras laut | |
| Punca | Kesan |
|
Pencairan ais di kutub Peningkatan suhu air laut |
Mengakibatkan banjir besar dan hakisan Menenggelamkan kawasan daratan Memusnahkan harta benda dan mengancam nyawa Menjejaskan sumber bekalan makanan dan air bersih Contoh: Pencairan lapisan ais di Greenland |
| Kemerosotan sumber makanan | |
|
Air laut menjadi lebih panas dan mengganggu ekosistem marin Banjir memusnahkan kawasan pertanian Tanah menjadi tandus dan tidak sesuai untuk pertanian |
Mengancam sumber makanan dunia Contoh: Gelombang panas di Rusia pada tahun 2010 – 2011 memusnahkan penuaian bijirin dan memberi kesan kepada negara-negara di Afrika Utara. |
| Gangguan cuaca | |
| Peningkatan suhu |
Mengakibatkan banjir, ribut, ombak besar dan taufan Kemusnahan flora dan fauna Taburan hujan tidak menentu Udara menjadi kering dan jerebu mudah terbentuk Terdapat kawasan yang mengalami kemarau yang teruk Contoh: Kejadian banjir besar dan terburuk di Pakistan yang menjejaskan kira-kira 20 juta penduduk pada tahun 2010. |
| Masalah kesihatan | |
| Masalah kesihatan |
Gelombang haba berisiko menyebabkan strok haba dan dehidrasi Kehilangan nyawa Meningkatkan risiko pelbagai penyakit berkaitan haba seperti katarak dan kanser kulit Contoh: Kematian seramai 135 orang di India pada April 2016 akibat strok haba yang dikaitkan dengan cuaca panas yang melampau. |
| Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Pemanasan Global |
| Amalan 5R | Contoh: Menanam pokok, berkongsi kenderaan, menggunakan pengangkutan awam, amalan kitar semula dan kempen bebas plastik |
| Penggunaan tenaga mesra alam | Bahan api fosil seperti petroleum, gas asli dan arang batu perlu diganti dengan tenaga yang mesra alam seperti tenaga suria, angin dan ombak agar alam sekitar kekal terpelihara |
| Kerjasama antarabangsa |
Protokol Kyoto 1997 Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED) atau Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992 Kerangka Konvensyen tentang Perubahan Cuaca (UNFCCC) Persidangan Perubahan Iklim di Paris, Perancis dari 30 November hingga 11 Disember 2015 untuk bersama komuniti antarabangsa bagi menangani isu perubahan iklim |
| Pendidikan alam sekitar | Pendidikan alam sekitar boleh diserap di peringkat sekolah dan komuniti |
| Penguatkuasaan undang-undang |
Akta Perlombongan Petroleum 1966 Akta Kerajaan Tempatan 1976 Akta Perhutanan 1984 Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 |
![]() |

