| 07 | Kepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya terhadap Kegiatan Manusia di Asia |
| Kepelbagaian iklim di Asia |
| Zon | Iklim |
| Sejuk | Tundra |
| Sejuk sederhana | Laurentia, Siberia |
| Panas sederhana | Mediterranean, Steppe, China |
| Panas | Gurun Panas, Monsun Tropika, Khatulistiwa |
| Ciri Iklim Mengikut Zon di Asia |
| Zon Sejuk | |
| Iklim | Ciri iklim |
| Tundra |
Suhu musim panas tidak melebihi 10ºC, suhu musim sejuk di bawah takat beku, kira-kira –28ºC, jumlah hujan tahunan: 250 mm dan kerpasan turun dalam bentuk salji Contoh negara: Rusia (utara) |
| Zon Sejuk Sederhana | |
| Siberia | Suhu musim panas: 15ºC hingga 20ºC, suhu musim sejuk: –17ºC hingga –5ºC, jumlah hujan tahunan: Kira-kira 500 mm dan kerpasan turun dalam bentuk salji pada musim sejuk |
| Laurentia |
Suhu musim panas: 20ºC hingga 27ºC, suhu musim sejuk: –6ºC hingga 10ºC, jumlah hujan tahunan: 500 mm hingga 1 000 mm, salji turun pada musim sejukdan suhu musim sejuk boleh mencapai takat beku Contoh negara: Kawasan Siberia di Rusia |
| Zon Panas Sederhana | |
| Mediterranean |
Musim panas yang sederhana panas, iaitu 20°C hingga 24°C, musim sejuk yang sederhana sejuk, iaitu 6°C hingga 10°C dan jumlah hujan tahunan: 275 mm hingga 900 mm Contoh negara: Turki, Lubnan dan Syria |
| Steppe |
Suhu musim panas: 21ºC, suhu musim sejuk: –10ºC hingga 0ºC, jumlah hujan tahunan: 500 mm dan mengalami ribut salji pada musim sejuk Contoh negara: Rusia (selatan), Mongolia |
| China |
Musim panas yang sederhana panas, iaitu 28ºC, musim sejuk yang sederhana sejuk, iaitu 5ºC dan jumlah hujan tahunan: 500 mm hingga 1 500 mm Contoh negara: China (tengah dan selatan), Korea Selatan, Jepun (selatan), Taiwan (utara) |
| Zon Panas | |
| Khatulistiwa |
Panas dan lembap sepanjang tahun, min suhu tahunan: 27˚C dan jumlah hujan tahunan: melebihi 2 600 mm Contoh negara: Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam |
| Gurun Panas |
Musim panas yang sangat panas, iaitu 32°C hingga 38°C, musim sejuk yang sederhana sejuk, iaitu 16°C, julat suhu harian tinggi, kira-kira 25ºC dan jumlah hujan tahunan: kurang daripada 250 mm Contoh negara: Arab Saudi, Iraq. Oman |
| Monsun Tropika |
Mengalami musim kering dan musim lembap yang nyata, min suhu tahunan: 24°C hingga 27°C dan jumlah hujan tahunan: 1 000 mm hingga 2 000 mm Contoh negara: India, Laos, Myanmar, Thailand |
| Zon Iklim Sejuk |
| Iklim Tundra | |
| Iklim ini mengalami musim sejuk yang panjang dan melampau | |
| Kawasan | Kawasan di sepanjang pantai utara Asia, terutamanya pantai utara Siberia yang terletak dalam lingkungan Garisan Artik. |
| Hujan |
Menerima kerpasan tahunan yang sedikit, iaitu antara 250 mm hingga 300 mm. Kebanyakannya turun pada musim panas dalam bentuk hujan perolakan. Musim sejuk sentiasa diliputi salji. |
| Suhu |
Min suhu tahunan: –14°C Suhu musim panas: Jangka masa pendek, iaitu Mei hingga Ogos, sederhana sejuk dengan suhu kurang daripada 10°C. Suhu musim sejuk: Musim sejuk yang panjang, iaitu selama lapan bulan, sangat sejuk dengan suhu antara –32°C hingga –5°C. Julat suhu tahunan: 42°C |
| Angin |
Angin Baratan membawa hujan maksimum pada musim panas. Ribut salji sering berlaku dan kelajuannya kira-kira 200 km sejam. |
|
Pengaruh iklim Tundra terhadap kegiatan manusia Kegiatan perikanan Ikan ditangkap untuk keperluan sendiri, merupakan sumber protein penduduk. Lokasi kegiatan: Siberia (utara). Pada musim panas kegiatan menangkap ikan paus, kod dan salmon dijalankan dan ikan paus ditangkap menggunakan harpoon. Kegiatan pemburuan Hasil buruan membekalkan daging sebagai sumber makanan, kulit untuk membuat kayak, khemah dan pakaian. Tulang untuk membuat rangka khemah dan lemak untuk menyalakan pelita serta memanaskan iglu. Lokasi kegiatan: Siberia (utara). Pekerjaan orang Eskimo berubah mengikut musim: pada musim sejuk mereka memburu binatang seperti walrus (singa laut), serigala dan rusa kutub (karibu). |
| Zon Iklim Sejuk Sederhana |
| Iklim Laurentia | |
|
Iklim ini juga dikenali sebagai iklim sejuk sederhana pantai timur atau iklim monsun sejuk sederhana. Kawasan-kawasan yang mengalami iklim ini juga akan mengalami empat musim, iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. |
|
| Kawasan | China (utara), Korea Utara dan Jepun (utara) |
| Hujan |
Hujan tahunan antara 500 mm hingga 1000 mm. Hujan turun sepanjang tahun dan lebih banyak pada musim panas. Salji turun pada musim sejuk. Hujan maksimum dibawa oleh angin Monsun Tenggara pada musim panas. |
| Suhu |
Min suhu tahunan: 9°C hingga 17°C. Suhu musim panas: Sederhana panas dan singkat, iaitu antara 21°C hingga 26°C. Suhu musim sejuk: Sangat sejuk, panjang dan kering, iaitu kira-kira –6ºC hingga 10°C. Julat suhu tahunan: 20°C hingga 30°C. |
| Angin |
Arus sejuk merendahkan suhu di kawasan pantai Jepun, China, Korea Utara dan Siberia. Musim dingin adalah kering kerana angin Monsun Barat Laut bertiup dari darat. |
|
Pengaruh iklim Laurentia terhadap kegiatan manusia Kegiatan pertanian Pengeluaran makanan untuk penduduk setempat. Lokasi kegiatan: Hokaido, Jepun, Dataran Manchuria, China dan Korea Utara Suhu musim panas yang sederhana, iaitu 20ºC dan suhu musim sejuk 10ºC sesuai untuk penanaman gandum, kentang, sayur-sayuran dan buah-buahan. Jumlah hujan tahunan kira-kira 1 000 mm menggalakkan pertumbuhan tanaman. Kegiatan perikanan Penangkapan ikan adalah untuk pasaran tempatan dan luar negara. Lokasi kegiatan: Sepanjang pantai negara Jepun, pelabuhan perikanan utama di Jepun ialah Hakodate, Wakkanai dan Kushiro. Pantai Jepun terletak di persimpangan arus panas Kurashio dan arus sejuk Oyashio yang menggalakkan pertumbuhan plankton. Laut di sekeliling Jepun kaya dengan hasil laut. Kegiatan perikanan dijalankan pada musim bunga dan musim panas. |
| Zon Iklim Panas Sederhana |
| Iklim China | |
| Iklim ini juga dikenali sebagai iklim monsun panas sederhana atau iklim panas sederhana pantai timur. Kawasan-kawasan yang mengalami iklim Jenis China akan mengalami empat musim, iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. | |
| Kawasan | China (tengah dan selatan), Korea Selatan, Jepun (selatan) dan Taiwan (utara). |
| Hujan |
Hujan tahunan antara 508 mm hingga 1 520 mm. Kebanyakan hujan turun dalam bentuk hujan siklon. |
| Suhu |
Min suhu tahunan: 15°C Suhu musim panas: Sederhana panas, iaitu 28°C (Mei hingga September). Suhu musim sejuk: Sederhana sejuk dan kering dengan suhu kira-kira 5°C (Oktober – April). Julat suhu tahunan: Melebihi 25°C. |
| Angin |
Angin Monsun Tenggara bertiup ke kawasan tekanan rendah pada musim panas dan membawa hujan lebat. Pada akhir musim panas, China (selatan), Hong Kong dan Taiwan mengalami ribut taufan kerana siklon tropika bertiup dari Lautan Pasifik. |
|
Pengaruh iklim China terhadap kegiatan manusia Kegiatan pertanian Penanaman padi dan gandum sebagai sumber makanan penduduk. Lokasi kegiatan: Padi ditanam di kawasan lembah Sungai Yangtze. Penanaman teh di kawasan bukit antara lembangan Chang Jiang dengan Xijiang. Kawasan pengeluaran gandum utama adalah di Dataran China Tengah. Suhu musim panas 28°C dan hujan tahunan melebihi 1 000 mm sesuai untuk penanaman padi. Aktiviti menanam padi dijalankan pada musim hujan. Gandum dan teh ditanam di kawasan suhu sederhana panas, iaitu antara 16°C hingga 18°C. Kegiatan penternakan China merupakan pengeluar dan pengguna hasil ternakan utama dunia. Permintaan tinggi terhadap produk berasaskan daging dan susu segar kerana kerajaan China menggalakkan peningkatan taraf kesihatan rakyat. Lokasi kegiatan: Kawasan penternakan utama di China ialah Shanghai Bright, Inner Mongolia Yili dan Shijiazhuang Sanlu. Kawasan penternakan ayam: Shandong dan kawasan penternakan khinzir: Hunan, Henan, Shandong dan Anhui. Suhu musim panas yang sederhana panas, iaitu 28ºC dan suhu musim sejuk kira-kira 5ºC sesuai untuk kegiatan penternakan lembu. Penternakan dijalankan di kaki bukit kerana suhunya lebih sejuk. Suhu dingin menggalakkan pertumbuhan rumput untuk makanan ternakan. |
| Zon Iklim Panas |
| Iklim Gurun Panas | |
| Iklim ini merupakan iklim yang panas dan kering sepanjang tahun. | |
| Kawasan | Gurun Arab |
| Hujan | Jumlah hujan tahunan kurang daripada 250 mm. Mewujudkan keadaan gersang (sangat kering). |
| Suhu |
Min suhu tahunan: 25ºC Suhu musim panas: Sangat panas, iaitu antara 32ºC hingga 36ºC. Suhu musim sejuk: Sederhana sejuk, iaitu kira-kira 16ºC. Julat suhu tahunan: 17ºC hingga 20°C Cuaca pada waktu siang panas (40ºC) kerana kekurangan litupan awan yang menyebabkan pancaran matahari terus ke permukaan bumi. Cuaca pada waktu malam pula sejuk (5ºC) kerana langit tidak berawan dan haba dibalikkan ke atmosfera dengan cepat. |
| Angin | Angin Timuran yang kering bertiup dari kawasan darat dan tidak membawa hujan. |
|
Pengaruh iklim Gurun Panas terhadap kegiatan manusia Kegiatan pertanian Penananam pokok kurma secara besar-besaran untuk mendapatkan buahnya. Lokasi kegiatan: Ladang buah kurma di wilayah Qasim, Arab Saudi. Pokok kurma ditanam di kawasan oasis secara ladang dan Pokok ini dapat tumbuh pada suhu 7ºC hingga 40ºC. |
![]() |
