Get Logik
Apa yang anda perlu pelajari dalam topik ini
- Menerangkan get logik sebagai binaan asas litar bersepadu
- Menyenaraikan dan melukis simbol get logik berikut: (i) get logik asas (TAK, DAN, ATAU) (ii) kombinasi get logik (TAK DAN, TAK ATAU, XATAU, XTAKATAU)
- Membina Jadual Kebenaran dan Ungkapan Boolean bagi menerangkan tindakan get logik berikut: (i) get logik asas (TAK, DAN, ATAU) (ii) kombinasi get logik (TAK DAN, TAK ATAU, XATAU, XTAKATAU)
- Membina Jadual Kebenaran bagi satu litar get logik gabungan yang mempunyai dua input
- Membina Ungkapan Boolean bagi satu litar get logik gabungan yang mempunyai dua input
- Menghasilkan litar get logik dan jadual kebenaran berdasarkan penyataan logik
- Menghasilkan litar get logik dengan jadual kebenaran dan Ungkapan Boolean yang lengkap dalam menyelesaikan masalah