Asas Sains Komputer

Bab 4 : Kod Arahan

Apa yang akan anda pelajari dalam bab ini
Asas Sains Komputer
Dalam bab Kod Arahan, kamu akan belajar cara menggunakan pemboleh ubah dan operator matematik untuk membina atur cara. Kamu juga akan belajar cara membuat atur cara yang melibatkan penggunaan pelbagai pilihan dan ulangan.

Selain itu, kamu juga akan belajar tentang Kod Arahan HTML, di mana kamu akan belajar cara membuat papan cerita untuk membina laman sesawang menggunakan kod arahan HTML.

Kamu akan belajar menggunakan tags seperti [head], [title], [body] dan [paragraph] dalam atur cara HTML. Kamu juga akan belajar cara membuat laman sesawang interaktif yang memaparkan Banner, Menu, Ruangan Komen, Frame dan Pull down menu.