Back

Persediaan untuk Menjalankan Aktiviti Pemasaran dan Jualan Bagi Produk dan Perkhidmatan

 
6.8 Persediaan untuk Menjalankan Aktiviti Pemasaran dan Jualan Bagi Produk dan Perkhidmatan
 
 
Pemasaran dan Jualan
1. Product (Produk)
  • Perlu tahu ciri-ciri kekuatan dan bentuk fizikal produk. Contoh: Jenama, pembungkusan, saiz dan kualiti.
  • Bagi perkhidmatan yang ditawarkan, perlu tahu pakej yang ditawarkan, kemudahan yang disediakan dan waktu operasi.
2. Place (Agihan / Tempat Dipasarkan)
  • Strategik.
  • Kemudahan infrastruktur lengkap, kemudahan pengangkutan cekap, berhampiran pelanggan, saluran agihan sesuai dengan produk.
3. Price (Harga)
  • Berpatutan.
  • Perlu pertimbangkan permintaan pengguna, kos pengeluaran, persaingan harga.
  • Tawar diskaun kepada pembeli untuk tarik minat.
4. Promotion (Promosi)
  • Proses / kaedah memberitahu, menyedarkan, memujuk dan pengaruhi pengguna untuk membeli.
  • Promosi yang berkesan: boleh kekalkan kesetiaan pengguna.
  • Perlu pilih kaedah promosi yang sesuai:
    (a) Pengiklanan.
    (b) Jualan langsung.
    (c) Promosi jualan.
    (d) Publisiti.
 
Pengiklanan
  • Cara komunikasi pemasaran untuk beritahu dan pujuk pengguna untuk membeli.
  • Media pengiklanan melalui media bercetak / media elektronik.
     
  • Tujuan:
    • Perkenal barangan baru.
    • Ingatkan barangan sedia ada.
    • Kekalkan pasaran barangan.
    • Jadikan barang lebih popular.
    • Jadikan imej barangan lebih baik.
    • Tingkatkan jualan.
    • Bantu pelanggan dapatkan maklumat sesuatu barang.
       
  • Contoh:
    • Surat khabar.
    • Majalah.
    • Risalah.
    • TV.
    • Radio.

 

 
Jualan Langsung
  • Kaedah jualan yang libatkan interaksi dan pertemuan secara peribadi.
  • Dari penjual terus kepada bakal pelanggan.
  • Penjual dapat maklum balas segera.
  • Pengguna dapat layanan peribadi dan boleh bersoal jawab dengan juru jual.
  • Jurujual mendapat komisen mengikut jualan yang dibuatnya.
     
  • Contoh:
    • Promoter jualan.
    • Juru jual.

 

 
Promosi Jualan
  • Pelbagai insentif untuk tarik minat pengguna supaya menambah belian.
  • Kaedah galakan jualan bagi tempoh yang singkat untuk tarik pelanggan baru.
     
  • Contoh:
    • Cabutan bertuah.
    • Diskaun.
    • Pemberian kupon.
    • Sampel percuma.
 
Publisiti
  • Maklumat produk disalurkan melalui media massa.
  • Kos siaran ditanggung pihak media massa.
  • Maklumat dikawal sepenuhnya oleh syarikat media.
  • Mesej yg disampaikan mempunyai kredibiliti tinggi.
     
  • Contoh:
    Pihak akhbar melaporkan rekaan terkini telefon bimbit dari segi kelebihan dan kelemahan.