|
Imbangan Pembayaran |
Satu rekod sistematik tentang jumlah penerimaan dan jumlah pembayaran kewangan sesebuah negara dengan negara lain dalam tempoh satu tahun. |
|
|
Komponen Utama Imbangan Pembayaran |
- Akaun Semasa:
- Akaun barangan, akaun perkhidmatan, akaun pendapatan primer dan akaun pendapatan sekunder.
- Akaun Modal:
- Akaun perolehan / pelupusan aset bukan kewangan dan akaun pindahan modal.
- Akaun Kewangan:
- Pelaburan langsung, pelaburan portfolio, derivatif kewangan dan pelaburan lain.
|
|
|
Akaun Semasa |
Akaun yang merekodkan nilai eksport dan import barang serta perkilangan dan juga pendapatan.
Lebihan akaun semasa: Jumlah penerimaan kewangan lebih besar dari jumlah pembayaran kewangan.
Defisit akaun semasa: Jumlah pembayaran kewangan lebih besar dari jumlah penerimaan kewangan.
|
|
|
Akaun Barangan |
Akaun dikenali juga sebagai imbangan dagangan.
Formula imbangan dagangan: Jumlah nilai eksport barang nampak- jumlah nilai import barang nampak.
Ada 3 jenis imbangan dagangan iaitu imbangan dagangan seimbang, lebihan dan defisit.
|
|
|
Akaun Perkhidmatan |
Dikenal sebagai imbangan perkhidmatan.
Formula imbangan perkhidmatan: Jumlah nilai eksport barang tak nampak –jumlah import barang tak nampak.
Meliputi 5 butiran utama iaitu perjalanan dan pengangkutan, perkhidmatan dan kewangan, perkhidmatan telekomunikasi, komputer dan informasi, pembinaan dan perkhidmatan insurans dan pencen.
|
|
|
Akaun Pendapatan |
Dikenal sebagai imbangan pendapatan.
Formula imbangan pendapatan: Jumlah penerimaan pendapatan – jumlah pembayaran pendapatan.
Pendapatan terdiri dari 2;
(a) Pendapatan primer - Pampasan pekerja asing atau pendapatan pelaburan.
(b) Pendapatan sekunder - Bayaran pindahan seperti biasiswa, derma dan bantuan.
|
|
|
Sebab-sebab Lebihan Akaun Semasa |
- Permintaan yang tinggi untuk eksport.
- Permintaan yang rendah untuk import.
- Peningkatan produktiviti.
- Peningkatan penerimaan pendapatan primer dan sekunder.
|
|
|
Implikasi Lebihan Akaun Semasa |
- Peningkatan dalam pendapatan negara.
- Peningkatan guna tenaga.
- Peningkatan taraf hidup.
- Inflasi.
- Peningkatan kadar pertukaran asing.
|
|
|
Sebab-sebab Defisit Akaun Semasa |
- Permintaan yang rendah untuk eksport.
- Permintaan yang tinggi untuk import.
- Penurunan produktiviti.
- Peningkatan pembayaran pendapatan primer dan sekunder.
|
|
|