|
Cukai Tak Langsung |
- Duti eksais.
- Duti import.
- Duti eksport.
- Cukai barang dan perkhidmatan (GST).
- Cukai perjudian.
- Levi.
|
|
|
Hasil Bukan Cukai |
- Bayaran denda dan penalti.
- Bayaran lesen dan permit.
- Faedah dan pulangan pelaburan kerajaan.
- Bayaran sewa, harta/ aset kerajaan.
- Dividen, royalti petroleum dan gas asli.
- Pemberian kerajaan luar negara dari agensi antarabangsa.
- Dividen daripada saham dan GLC.
|
|
|
Agihan Pendapatan |
Pembahagian jumlah pendapatan antara individu atau kumpulan dalam ekonomi. |
|
|
Bentuk-Bentuk Cukai |
- Cukai progresif (Cukai yang kadarnya semakin tinggi apabila pendapatan bertambah).
- Cukai regresif (Cukai yang kadarnya semakin menurun apabila pendapatan bertambah).
- Cukai berkadar malar (Cukai yang kadarnya tetap walaupun pendapatan berubah).
|
|
|
Perbelanjaan Kerajaan |
- Perbelanjaan mengurus (Perbelanjaan semasa kerajaan yang berulang pada setiap tahun)
- Contoh: Bayaran emolumen, bayaran khidmat hutang negara, pencen dan ganjaran, serta bekalan dan perkhidmatan.
- Perbelanjaan pembangunan (Perbelanjaan pelaburan kerajaan atas projek pembangunan sosial ekonomi negara)
- Contoh: Perbelanjaan sektor perkhidmatan ekonomi sosial, keselamatan dan pentadbiran am.
|
|
|
Belanjawan Negara |
Suatu penyata tentang anggaran jumlah hasil yang diperoleh dan anggaran jumlah perbelanjaan yang akan dilakukan untuk tahun kewangan akan datang.
- Perbelanjaan dalam belanjawan negara termasuklah perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan yang dibayar oleh kerajaan.
- Pendapatan pula merujuk kepada hasil cukai dan hasil bukan cukai yang diterima oleh kerajaan.
|
|
|