|
|
|
Globalisasi |
Proses interaksi dan integrasi antara manusia, firma dan kerajaan pelbagai negara. Sempadan antara negara seolah-olah tidak wujud dan dunia dianggap sebagai satu unit. |
|
|
 |
|
Ciri-ciri globalisasi |
- Pasaran global dengan jenama global – KFC, Shell, Samsung dan lain-lain.
|
- Syarikat multinasional yang mengintegrasikan pengeluaran dan pemasaran serta mendominasi pengeluaran dunia.
|
3. Kaedah komunikasi baharu |
- Lebih cepat dan murah.
- Internet dan komunikasi elektronik memudahkan interaksi.
|
4. Peraturan dan norma baharu |
- Peluasan dasar ekonomi kapitalis ke seluruh dunia – penswastaan dan liberalisasi perdagangan.
|
|
|
Syarikat Multinasional |
Firma yang beroperasi di beberapa negara secara serentak.
Contoh: Axiata Group Berhad, Sime Darby Berhad, CIMB Group dan Maybank.
|
|
|
Dorongan Syarikat dalam Operasi Antarabangsa |
- Meluaskan pasaran.
- Perlindungan perdagangan.
- Kos pengangkutan tinggi.
- Bahan mentah / hasil bumi yang unik.
- Tenaga buruh dengan kemahiran khusus.
|
|
|
Risiko bagi Syarikat Multinasional |
- Risiko kehilangan aset akibat peperangan dalaman atau luaran.
- Risiko perubahan parti politik di pasaran baharu – perubahan polisi baharu yang merugikan syarikat multinasional.
- Kekurangan kemudahan asas di sesetengah negara membangun menyukarkan proses komunikasi.
- Tenaga buruh tidak berkemahiran / bermotivasi.
- Bantahan daripada masyarakat di pasaran baharu kerana gaji rendah.
- Kesukaran mendapat balik keuntungan kerana pengaliran keluar keuntungan oleh syarikat multi nasional dihadkan oleh sesetengah negara.
|
|
|
Faktor Penggalak Globalisasi (Inisiatif Kerajaan) |
- Mengamalkan sikap terbuka terhadap kemasukan syarikat multinasional.
- Melonggarkan kawalan terhadap aktiviti ekonomi melalui dasar kerajaan, undang- undang dan pelbagai insentif.
|
2. Infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi yang maju |
- Sistem komunikasi dan perolehan maklumat melalui penggunaan alatan teknologi secara interaktif.
|
3. Infrastruktur pengangkutan yang baik |
- Meliputi pengangkutran darat, udara dan air - merupakan faktor penggalak yang besar dalam proses globalisasi.
|
- Sektor pelancongan memberikan sumbangan besar kepada ekonomi negara.
|
|
|