Dalam bab ini, kita akan mempelajari tentang membina kemakmuran negara.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan bagi memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi dan sebagai usaha membasmi kemiskinan masyarakat.
Seterusnya, kesinambungan DEB iaitu pembentukan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) adalah usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Strategi asas dalam pelaksanaan DPN adalah bagi memperbaik ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum serta pelaksanaan DEB dan DPN telah membawa perubahan kepada kemajuan ekonomi penduduk.
Dengan memahami konsep dan pelaksanaan DEB dan DPN, kita akan menghargai usaha kerajaan dalam mencapai kemakmuran yang sejagat.
• Menyatakan Usaha-usaha Perpaduan dan Integrasi Nasional
• Menerangkan pembentukan dasar pendidikan kebangsaan
• Menjelaskan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan
• Menerangkan pembentukan Dasar kebudayaan kebangsaan
• Menerangkan peranan sukan sebagai alat perpaduan
• Merumuskan Rukun Negara sebagai tonggak kesejahteraan negara.
• Menerangkan Kepentingan Menjaga Perpaduan dan Keharmonian
• Menjelaskan Peranan Pemimpin dan Rakyat dalam Memastikan Kemakmuran Negara
• Menghuraikan Kepentingan Pendidikan Untuk Mengukuhkan Perpaduan
• Membahaskan Kepentingan Menghayati Rukun Negara
There is no chapter or topic to show