Dalam bab ini, kita akan mempelajari tentang kedaulatan negara.
Kedaulatan merujuk kepada negara bebas yang mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara.
Oleh itu, negara berdaulat mempunyai ciri-ciri pemerintahan, sempadan, perundangan dan rakyat yang menjadikan negara bebas dan berdaulat.
Selain itu, kedaulatan negara penting bagi mewujudkan keberkesanan pentadbiran, kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial dan kecemerlangan hubungan luar negara.
Dengan memahami bab ini, kita mengetahui bahawa pemerintah dan rakyat perlu bekerjasama bagi memastikan kedaulatan negara dapat dipertahankan.
• Menjelaskan akan Pentingnya Mewujudkan Negara yang Berdaulat
• Menghuraikan langkah-langkah pemerintahan dan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara
• Kebijaksanaan Dalam Menghadapi Cabaran Mengekalkan Kedaulatan Negara
• Menjelaskan Kepentingan Mengekalkan Kedaulatan Negara
• Mentafsir Kepentingan Menghormati Kepelbagaian Budaya dan Agama Dalam Mengukuhkan Perpaduan Bangsa Malaysia
• Menghuraikan Kepentingan Menjiwai Identiti Negara
• Menerangkan Ciri-ciri Negara Berdaulat
There is no chapter or topic to show