Wizer.Me Aplikasi Lembaran Kerja Alternatif

Wizer.Me Aplikasi Lembaran Kerja Alternatif

Share this post

Apakah itu Wizer.Me?

 

Wizer.Me merupakan aplikasi untuk membuat lembaran tugasan yang interaktif dari pelbagai jenis soalan seperti objektif, isi tempat kosong, padanan, cari perkataan dan sebaginya serta membolehkan guru memasukkan video, audio dan gambar ke dalamnya. Wizer.Me juga mempunyai koleksi lembaran kerja interaktif menarik yang dibuat oleh komuniti guru yang telah mendaftar akaun sebagai ahli. Selain itu, ia juga memudahkan guru untuk membuat soalan dengan cepat dan menarik serta membolehkan soalan yang dibuat ditukar kepada PDF dimana guru boleh mencetak soalan tersebut.

 

Berikut merupakan antara langkah-langkah untuk menggunakan Wizer.Me:

 

1. Taip ‘Wizer.me’ pada carian google.

 

2. Tekan ‘Join Now

 

3. Pilih ‘Teacher’, kemudian ‘Sign up’ untuk membuat akaun Wizer.Me.

 

4. Pilih ‘Create Worksheet’ untuk membuat soalan.

 

Soalan berbentuk objektif

      

5. Terdapat beberapa pilihan fungsi bentuk yang boleh digunakan. Sekiranya ingin membuat soalan berbentuk objektif, pilih ‘Multiple Choice

     

6. Masukkan tajuk soalan yang ingin dibuat.

       

7. Tekan ‘Worksheet subjects’ untuk memilih subjek.

       

8. Tekan ‘Worksheet grades’ untuk memilih peringkat umur pelajar.

       

9. Masukkan soalan.

     

10. Di bahagian Record instructions, terdapat pilihan dimana boleh merakam suara.

     

11. Masukkan pilhan jawapan dan tandakan jawapan yang betul.

     

12. Setelah selesai soalan 1, tekan ‘Done’.

 

Soalan berbentuk padanan.

 

     13. Sekiranya ingin menambah soalan padanan, pilih ‘matching’ untuk mempelbagaikan soalan.

     

14. Masukkan tajuk dan arahan untuk soalan padanan.

     

15. Kemudian, masukkan pasangan padanan di bahagian Add matching pairs.

     

16. Setelah selesai, tekan ‘done’.

 

Soalan berbentuk cari perkataan

 

17. Sekiranya membuat soalan berbentuk cari perkataan, pilih ‘work search’.

     

18. Masukkan tajuk dan arahan soalan berikut.

     

19. Tentukan tahap kesukaran soalan dan masukkan perkataan yang ingin dicari. Setelah selesai, tekan ‘done’.

 

Cara kongsikan kepada pelajar

 

20. Setelah selesaikan membuat soalan, tekan ‘save’.

     

21. Kemudian pilih ‘review’ untuk memeriksa soalan yang telah dibuat.

     

22. Setelah selesai, pilih ‘Assign’ untuk kongsikan link kepada pelajar.

     

23. Pilih ‘Yes’ di bahagian Automatic feedback to students, kemudian pilih ‘Create Assignment’.

     

24. Pilih ikon ‘link’.

     

25. Kemudian pilih ‘copy link

 

Berikut merupakan video tutorial:

Kredit : Cikgu Herry

 


Rujukan

Mudah Mengajar Dengan Wizer.me

Tag Latihan Tugasan Interaktif

Reflection

Apakah kaedah yang biasa anda gunakan untuk membuat tugasan untuk pelajar anda?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Antara berikut, yang manakah bukan merupakan bentuk soalan yang boleh dilakukan di dalam Aplikasi Wizer.me?

Soalan yang telah dibuat melalui Aplikasi Wizer.me boleh ditukarkan dalam bentuk apakah untuk membolehkan anda mencetaknya?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson