Tujuan Penilaian dalam Bilik Darjah

Tujuan Penilaian dalam Bilik Darjah

Share this post

Penilaian merupakan suatu proses menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan tentang kebolehan atau kemahiran dan kefahaman pelajar berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran (PdP). Tugas utama guru adalah mendidik pelajar agak berketerampilan, mampu membaca, menulis, mengira dengan baik. Bagi menjalankan tugas ini, guru haruslah mengetahui kepentingan penilaian dalam pengajaran.

 

MENGUMPUL MAKLUMAT

  • Penilaian merupakan satu proses yang meliputi aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti PdP untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya. 
  • Antara tujuan penilaian adalah untuk mendapatkan maklum balas positif atau negatif. Maklum balas ini akan memberi gambaran tentang pencapaian PdP yang dihadapi oleh pelajar untuk diperbetulkan khususnya untuk aktiviti pemulihan. Contohnya, jika teknik pengajaran yang digunakan kurang berkesan, guru boleh menggunakan teknik lain supaya pelajar lebih mudah mengikuti dan memahami sesuatu topik yang diajar. 
  • Pelajar mahu melihat hasil dan cadangan yang membina daripada gurunya setelah menjalankan kerja yang diarahkan. Hasil daripada penilaian ini dapat membantu pelajar memperbaiki hasil kerjanya dan memberi motivasi untuk terus maju. 
 

MENGESAN KESUKARAN DAN KESILAPAN

  • Penilaian boleh mengesan kesukaran dan kesilapan yang dihadapi pelajar. 
  • Bagi pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang, pasti akan menggalakkannya untuk terus berusaha mencipta kejayaan. 
  • Manakala bagi pelajar yang mendapat keputusan kurang baik, mereka boleh menggunakan penilaian untuk mengimbas kembali cara pembelajaran mereka. Mereka boleh menyusun strategi bagi memperbaiki prestasi pada masa akan datang.
 

MENEMPATKAN PELAJAR DALAM SESUATU JURUSAN

  • Keputusan daripada penilaian digunakan sebagai asas dan panduan untuk memilih dan meletakkan para pelajar dalam bidang atau jurusan yang sesuai dengan tahap pencapaiannya.
  • Contohnya, setelah mendapat keputusan daripada penilaian, pihak sekolah boleh menempatkan para pelajar sama ada dalam jurusan Sains atau Sains Sosial. Dengan ini pelajar berupaya mengikuti PdP dengan lebih berkesan.
 

MENJADIKAN SUASANA PEMBELAJARAN AKTIF

  • Penilaian dalam pelbagai bentuk seperti kuiz, soal jawab, ujian bulanan boleh menilai kemajuan akademik, kemahiran dan pencapaian pelajar.
  • Pelajar dapat disedarkan daripada terus leka semasa pengajaran.
  • Dapat menjadikan suasana pembelajaran lebih aktif. Pelajar berasa seronok untuk belajar, lebih-lebih lagi penilaian dalam bentuk soal jawab ataupun kuiz.
 

MEMBUAT RAMALAN TAHAP KESEDIAAN PELAJAR

  • Maklumat daripada penilaian boleh digunakan untuk membuat ramalan tentang tahap kesediaan pelajar atau kemungkinan berjaya dalam suatu kursus atau mata pelajaran.
  • Contohnya, segala maklumat tentang latar belakang, minat, sikap dan lain-lain kemahiran yang berkaitan dengan penyelesaian masalah amat penting sebelum guru mengajar. Guru boleh merancang PdP dan menyediakan aktiviti-aktiviti yang sesuai. 
 

MEMBERIKAN MAKLUMAT TENTANG PENGETAHUAN SEDIA ADA

  • Penilaian membolehkan pelajar sentiasa bersedia untuk mengikuti pembelajaran kerana kadangkala guru akan bertanya secara lisan kepada pelajar semasa proses PdP dijalankan. 
  • Contohnya, penilaian kan memberikan maklumat kepada guru tentang pengetahuan yang sedia ada dan juga menjadi penggerak kepada guru untuk menyampaikan isi kandungan sebelum pengajaran.

 

Secara ringkas, tujuan dan peranan penilaian dalam PdP adalah seperti berikut:

 

Gambar Rajah: Peranan Penilaian

 

 

Tag Penilaian Maklumat Jurusan Tujuan

Reflection

Apakah definisi penilaian?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Berikut merupakan tujuan penilaian dalam bilik darjah, kecuali:

Berikan contoh kepada kepentingan penilaian berdasarkan membuat ramalan kesediaan pelajar.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson