Tips Menggalakkan Pelajar Bertanyakan Soalan

Tips Menggalakkan Pelajar Bertanyakan Soalan

Share this post

 

Sesi soal jawab antara guru dan pelajar merupakan sesi yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Sesi ini boleh membantu guru untuk menilai sama ada pelajar memahami apa yang dipelajari oleh mereka ataupun tidak. Ia juga bertujuan untuk menguatkan lagi daya pemahaman pelajar tentang sesuatu topik itu.

 

Sesi soal jawab ini berlaku antara sesi PdP ataupun ketika akhir sesi PdP. Sesi ini tidak mengambil masa yang lama, dan memerlukan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar.

 

Namun begitu, guru perlu memastikan dirinya cukup dengan pengetahuan sedia ada untuk menjawab soalan-soalan daripada pelajar. Cabaran buat guru juga apabila pelajar tidak melibatkan diri dalam sesi soal jawab.

 

Bagaimana pula sekiranya tiada soalan daripada pelajar? Bagaimanakah anda ingin memastikan pelajar anda memahami apa yang anda ajar?

 

 

TIPS MENGGALAKKAN PELAJAR BERTANYAKAN SOALAN

 

1. Guru menggalakkan pertanyaan

Guru haruslah memulakan terlebih dahulu dengan bertanyakan soalan kepada pelajar. Cara lain yang boleh dilakukan adalah dengan meminta murid secara rawak untuk bertanyakan soalan.

 

2. Memberikan ganjaran kepada mereka yang bertanyakan soalan

Sebagai permulaan dalam menggalakkan pelajar bertanyakan soalan, nyatakan kepada mereka yang anda menyediakan ganjaran kepada mereka yang berani bertanyakan soalan. Ganjaran tidak semestinya bernilai, anda boleh memberikan gula-gula atau sekadar bintang untuk dipaparkan di papan tulis.

 

3. Memberikan gambaran dalam bentuk visual

Kebiasaannya gambaran dalam bentuk visual akan membangkitkan minat pelajar terhadap sesuatu topik. Apabila mereka ingin mengetahui tentang perkara tersebut dengan lebih mendalam, berbagai soalan akan dikemukakan oleh mereka.

 

4. Guru membantu pelajar bertanyakan soalan yang lebih baik

Guru perlulah membantu pelajar untuk bertanyakan soalan dengan lebih baik. Ini termasuklah memberikan petunjuk di luar kotak.

 

5. Sentiasa bersama bahan bantu mengajar yang berlainan

Pelajar akan lebih berminat untuk bertanyakan soalan sekiranya mereka melihat guru menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang lain. Bahan bantu mengajar perlulah disediakan dengan kreatif dan dapat menarik minat mereka terhadap apa yang dipelajari.

 

 

Rujukan

4 cara untuk galakkan pelajar tanya soalan

 

Tag Soalan Soal Jawab

Reflection

Mengapakah penting bagi seorang guru untuk menggalakkan pelajar untuk bertanyakan soalan?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Yang manakah antara berikut bukan antara cara menggalakkan pelajar bertanyakan soalan?

Bagaimanakah anda menggalakkan pelajar untuk bertanyakan soalan selain cara yang dikemukakan?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson