Teknik Membaca Untuk Belajar: Mencatat Nota Untuk Belajar

Teknik Membaca Untuk Belajar: Mencatat Nota Untuk Belajar

Share this post

TEKNIK MEMBACA UNTUK BELAJAR

 

  • Teknik membaca untuk belajar menentukan tahap pencapaian seseorang.
  • Teknik ini membantu murid untuk memahami teks dan mengingat maklumat yang terdapat dalam teks dan maklumat yang berkaitan dengan teks.
  • Antara teknik yang dicadangkan ialah:
    • Teknik tinjauan
    • PORPE
    • Mencatat nota untuk belajar
    • PLEA
    • Bengkel internet

 

Artikel ini akan membincangkan tentang salah satu teknik membaca yang digunakan untuk belajar, iaitu mencatat nota untuk belajar.

 

 

TEKNIK MENCATAT NOTA UNTUK BELAJAR

 

  • Kemahiran mencatat nota bertujuan:
    • Membantu murid menyediakan dan menyusun nota dengan sistematik.
    • Menyediakan cara yang betul untuk semak semula isi kandungan yang telah dipelajari.
  • Peralatan asas untuk aktiviti mencatat nota adalah pensel dan kertas.
  • Kertas yang dicadangkan perlu mudah diasingkan dan dikumpulkan dalam sebuah fail supaya mudah dikeluarkan apa dikehendaki.
  • Terdapat tiga langkah untuk menulis nota, iaitu merekod, menyusun dan belajar daripada nota.

 

1. Merekod

 

  • Nota diambil dari kuliah atau guru yang dilakukan dalam kelas, dan ditambah dengan nota yang dilakukan hasil daripada pembacaan tambahan.
  • Nota yang diperoleh dicatatkan di sebelah kanan lajur 3 inci. Namun, masih bergantung kepada individu.
  • Palmatier mencadangkan supaya format penulisan ini dibahagikan kepada rangka kasar (outline) dan ruang.
  • Rangka kasar ialah ringkasan kandungan kulah atau maklumat yang diperoleh daripada guru.
  • Ruang adalah tempat kosong yang ditinggalkan selepas setiap rangka kasar.

 

 

2. Menyusun

 

  • Proses mencatat nota boleh dibuat dengan tersusun sekiranya penerangan guru di dalam kelas itu jelas dan mempunyai masa yang cukup
  • Sekiranya masa tidak cukup, murid perlu mencatatkan secara tersusun semula idea yang disampaikan sebelum terlupa.
  • Dua perkara iaitu melabel maklumat dan maklumat perlu dilakukan.
    • Melabel maklumat: Lakukan setelah selesai menyusun nota. Label perlu dicatatkan di sebelah kiri maklumat dan mestilah bersetentang dengan catatan maklumat asal.
    • Menambah maklumat: Maklumat tambahan ini diperoleh daripada aktiviti mebaca seperti daripada buku, jurnal atau internet.

 

3. Belajar dari nota

 

  • Murid hanya perlu mengeluarkan nota dari fail.
  • Semasa membaca, murid hanya memberikan tumpuan pada sebelah kiri lajur 3 inci sahaja.
  • Murid hanya membaca di lajur sebelah kanan apabila nota tersebut sukar difahami.

 

 

Rujukan

Modul Keterampilan Membaca

 

Tag Nota Membaca

Reflection

Nyatakan satu (1) teknik membaca untuk belajar selain teknik mencatat nota.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Langkah manakah yang memerlukan pelajar untuk melabelkan dan menambahkan maklumat?

Nyatakan tiga (3) langkah untuk menulis nota.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson