Sukar dipercayai kita sudah lama mengharungi pandemik Covid-19. Tidak kira apa yang kita lakukan sekarang, keadaan mungkin akan berubah sepanjang tahun persekolahan. Sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi secara berperingkat. Berikut merupakan beberapa susunan penjarakan sosial tempat duduk di dalam kelas sewaktu pandemik:
1. Susunan Selang-Seli
Menyusun meja pelajar secara selang-seli secara berhadapan dan berperingkat di dalam kelas membantu dalam penjarakan diantara pelajar.
2. Menggunakan Meja Panjang
Sekiranya anda mempunyai meja yang panjang, ia ia juga dapat membantu pelajar duduk dalam jarak yang jauh.
3. Tema Laut
Tema laut dengan meletakkan kaca atau plastik jernih di sekeliling meja pelajar boleh dijadikan sebagai penjarakkan sosial yang lebih menyeronokkan.
4. Membuat lapisan
Gunakan meja dengan ketinggian yang berbeza dan kepelbagai tempat duduk serta meletakkan kaca / plastik jernih di keliling meja pelajar untuk menjadikan ia menarik!
5. Susunan Trio
Menyusun meja pelajar secara bertiga-tiga dan saling berhadapan. Penyusunan secara trio sesuai digunakan sekiranya meja berbentuk tiga segi. Ia juga memudahkan pelajar membuat kerja berkumpulan.
6. Susunan Tidak Serentak
Susunan ini biasa digunakan apabila menjalankan peperiksaan. Ia juga menggunakan ruang bilik darjah yang besar.
7. Santai dan Fleksibel
Menjadikan tikar yoga lama sebagai tempat duduk di lantai.
8. Peribadi
Meletakkan almari kecil di sebelah meja pelajar yang berfungsi sebagai tempat simpanan barang pelajar. Dimana barang pelajar tidak bercampur dengan pelajar lain.
9. Manfaatkan semua ruang
Meletakkan karpet di lantai serta meja kecil untuk memudahkan pelajar menulis secara santai.
10. Tanda Pembahagian
Melekatkan pita pelekat di lantai untuk membuat pembahagian tempat duduk pelajar. Ia juga memastikan pelajar hanya akan berada di tempat mereka. Susunan ini juga sesuai dalam menjaga penjarakkan di antara pelajar.
Tag
Manakah antara berikut merupakan ciri-ciri susunan trio