Strategi Untuk Melaksanakan Penyoalan

Strategi Untuk Melaksanakan Penyoalan

Pelbagai format yang boleh difikirkan semasa kita merancang penyoalan sebagai teknik pengajaran: soalan bertulis, soalan untuk kumpulan kecil, soalan untuk individu, dan soalan untuk satu kelas.

Soalan Bertulis

  • Diberikan selepas pengajaran sesuatu konsep atau kemahiran untuk memastikan pelajar memahami pengajaran yang telah diajar guru.
  • Guru perlu pelbagaikan cara untuk membuat penilaian dan juga peringkat soalan.
  • Tidak diberikan hanya berpandukan daripada buku teks tetapi guru menyediakannya sendiri.
 

Soalan Kumpulan Kecil

  • Setiap kumpulan diberi soalan yang sama ataupun berbeza 
  • Minta kumpulan bincangkan konsep-konsep Matematik yang terlibat dan cara penyelesaiannya jika perlu.
 

Soalan Untuk Individu

  • Direka untuk membuat persediaan dalam memahami atau mengetahui kefahaman atau kepercayaan, atau tingkah laku pelajar.
  • Soalan yang ditujukan khas untuk membekalkan dan membantu pelajar untuk meningkatkan kefahaman kendiri sesuatu topik.
  • Boleh dibuat dalam bentuk penilaian kendiri ataupun senarai semak.
 

Soalan Untuk Kelas

  • Guru perlu mengenal pasti soalan-soalan yang hendak diberi 
  • Menentukan kenapa soalan tersebut boleh mengelirukan pelajar atau sukar dijawab.

 

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson