Kesalahan Umum Strategi Pengurusan Tingkah Laku Pelajar
Pengurusan tingkah laku adalah bahagian pengajaran yang paling sukar, dimana tanpa kawalan anda tidak boleh mengajar.
Berikut adalah strategi tingkah laku anda salah. Sekiranya anda mendapati bahawa anda melakukan beberapa perkara ini, jangan risau, dalam perkongsian ini akan memberikan strategi alternatif yang boleh anda gunakan.
Kesalahan 1: Anda menghukum seluruh kelas kerana tindakan beberapa orang
Oleh kerana terdapat segelintir pelajar yang mengganggu di dalam kelas dan anda membiarkan mereka semua balik lambat atau melambatkan waktu mereka pergi ke kantin sehingga rakan sekelas mereka juga terganggu dengan harapan untuk membuatkan mereka berkelakuan baik. Inilah masalahnya dimana anda menghukum pelajar yang tidak melakukan kesalahan dan timbul perasaan marah sehingga hilang kawalan. Sebagai contoh seorang guru pernah menjadikan seluruh kelas balik lambat selama satu jam selepas waktu sekolah untuk membersihkan bilik darjah sebagai "hukuman".
Oleh itu, apa yang boleh anda lakukan:
Membuat catatan terhadap siapa pelajar yang bercakap dan nakal dimana menulis nama mereka sama ada mereka mengetahui namanya ditulis atau tidak. Anda boleh memilih untuk merahsiakan senarai anda untuk menjadikannya tidak selesa, atau menulis nama di papan putih. Dengan cara itu, anda mengetahui siapa yang harus ditangani dan siapa yang dibenarkan pergi kantin pada waktu makan tengah hari.
Kesalahan 2: Anda menjerit atau meninggikan suara kepada mereka
Sebahagian pelajar mempunyai perangai yang degil dan nakal. Seperti yang anda tahu, pelajar tidak akan mendengar sekiranya anda menggunakan nada yang lembut. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menjerit. Sekiranya anda kerap meninggikan suara atau menjerit, akhirnya pelajar anda akan terbiasa dan suara anda tidak akan memberi kesan.
Oleh itu, apa yang boleh anda lakukan:
Ramai guru merasakan menjerit adalah satu-satunya cara untuk membuatkan mereka mendengar arahan anda, tetapi sebenarnya tidak. Oleh itu, anda harus menggunakan strategi lain seperti bertepuk tangan, menari, menulis sesuatu di papan putih atau berjalan-jalan sambil bercakap dengan diri sendiri dan sebagainya sehingga mereka akan mula tertanya-tanya apa yang anda lakukan. Maka dengan cara begitu, anda akan mendapat perhatian mereka tanpa meninggikan suara dan menjerit. Kebaikan strategi ini ialah sekiranya anda menjerit atau meninggikan suara (misalnya jika berlaku kecemasan) anda tahu mereka akan mengambil perhatian.
Kesalahan 3: Anda risau sama ada mereka menyukai anda ataupun tidak
Hubungan positif adalah kunci di dalam kelas tetapi bimbang sama ada pelajar menyukai anda atau tidak akan menghalang anda daripada melakukan pekerjaan anda dan menjadi guru yang pelajar anda perlukan. Sebagai contoh, anda berfikir bahawa mereka akan menyukai anda sekiranya anda membenarkan mereka lewat menghantar kerja rumah mereka, atau anda membenarkan mereka meminta sesuatu yang mereka tidak sepatutnya seperti memberi rasuah kepada anda dengan dengan menggunakan ayat seperti “kalau cikgu membenarkan saya rehat awal, cikgu adalah cikgu yang terbaik”.
Oleh itu, apa yang boleh anda lakukan:
Pelajar anda mahu anda bersikap tegas, adil dan konsisten, tanpa mengira apa yang mereka katakan di hadapan kelas. Dengan membenarkan mereka melakukan apa sahaja, kerana terlalu bimbang untuk menghukumnya, anda sebenarnya salah. Mereka memerlukan anda untuk dibimbing. Anda perlu mengajar mereka cara yang betul untuk berkelakuan baik dan mereka perlu mengetahui bahawa setiap tindakan mempunyai akibat sama ada baik atau buruk.
Kesalahan 4: Anda tidak melakukan sebarang aktiviti bersama pelajar
Sudah tentu, kita sering tertanya-tanya mengapa pelajar berkelakuan seperti itu. Tetapi kadang-kadang, kita perlu mengambil tanggungjawab. Sebagai contoh, sekiranya anda meminta pelajar anda melakukan tugas yang sama dalam diam selama 50 minit terakhir tanpa berbuat apa-apa, tanpa berhenti untuk bercakap dengan mereka atau tidak ada aktiviti fizikal. Apa yang anda jangkakan akan berlaku?
Oleh itu, apa yang boleh anda lakukan:
Pastikan pelajaran anda berjalan lancar dan jangan jadikan mereka gelisah dan bosan. Lakukan berbagai aktiviti secara berkala, seperti membuat perbincangan seluruh kelas, menonton video, melakukan kuiz dan sebagainya. Pastikan sentiasa bersemangat tanpa menimbulkan kebosanan.
Start your first discussion