Strategi Membantu Pelajar Autisme

Strategi Membantu Pelajar Autisme

Share this post

Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat. Ini bermakna autisme memberi kesan kepada perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan anak untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar seperti anak biasa. Berikut merupakan strategi untuk membantu pelajar Autisme:

 

1.       Penggunaan visual

Termasuk penggunaan gambar, simbol dan gerak isyarat. Penggunaan visual ini akan dapat membantu dalam pemahaman pelajar.

 

2.       Rutin harian

Mendedahkan pelajar mengetahui apa yang sedang berlaku dan bila aktiviti seterusnya. Menggunakan jadual waktu visual, kad, kalendar dan sebagainya sebagai petunjuk kepada pelajar. Ini juga akan membantu dalam peralihan dari satu aktiviti ke aktiviti yang seterusnya.

 

3.       Mencipta peluang berkomunikasi dan belajar

Peluang ini dapat diwujudkan sepanjang hari untuk membolehkan komunikasi dan pembelajaran  dapat disematkan. Sentiasa bertanya kepada pelajar berkenaan sesuatu perkara. Contohnya bertanya kepada mereka seperti “Awak mahukan susu atau jus?”. Dengan cara ini, pelajar akan mendengar perkataan yang guru sebutkan dan dapat merangsang pelajar untuk berkomunikasi dengan cara mereka sendiri.

 

4.       Mengetahui minat mereka

Semasa pelajar bermain, mengkaji dimana pelajar lebih cenderung kepada permainan yang mereka minati. Kemudian, membenarkan pelajar menunjukkan kepada guru apa yang mereka minati dan melihat bagaimana cara mereka bermain serta sertai mereka. Ini ialah asas untuk berinteraksi antara guru dan pelajar.

 

5.      Mewujudkan suasana yang menyeronokkan

Mewujudkan peluang dan aktiviti yang menarik di antara pelajar untuk dijadikan kenangan seperti membuat album daripada aktiviti-aktiviti yang lepas. Contohnya, mengambil gambar pelajar semasa bermain, semasa pelajar berbaring sambil mendengar cerita dan sebagainya. Album ini dapat digunakan oleh seluruh kelas untuk melihat pengalaman yang mereka kongsikan bersama.

 

6.      Membuat arahan pendek dan spesifik

Pastikan guru mendapat perhatian daripada pelajar sebelum memberi maklumat atau arahan. Ringkaskan maklumat atau arahan yang ingin disampaikan kepada pelajar dan mengambil sedikit masa sebelum mengulangi arahan tersebut. Selain itu, membuat papan tanda beserta gambar daripada arahan tersebut. Dengan cara ini dapat membantu pelajar lebih mudah memahami dan mengikuti arahan yang diberikan.

 

7.      Elakkan arahan yang menggunakan bahasa kiasan atau apa sahaja yang tidak spesifik

Contohnya, elakan menggunakan ayat yang boleh disalahtafsirkan seperti “Sekejap lagi kita akan keluar dan awak boleh melepak bersama kawan-kawan”. Dengan itu, untuk menghadkan salah faham, cuba menggunakan arahan seperti “Lima minit lagi, kita akan keluar dan awak boleh bermain bersama kawan”.

 

8.       Mengambil masa untuk menyampaikan maklumat/arahan

Cuba mengambil sedikit masa apabila ingin menyampaikan arahan. Membuat kiraan di antara 10 saat hingga 15 saat sebelum mengulangi arahan. Arahan yang diulangi dengan cepat boleh mengakibatkan pelajar terpaksa memproses maklumat tersebut dari awal. Gunakan perkataan yang sama apabila mengulangi arahan.

 

9.       Meraikan sesuatu perkara kecil

Mungkin ia hanya perkara kecil pada orang lain, tetapi apabila guru meraikan sesuatu perkara yang kecil bersama pelajar dapat menjadikan ia sesuatu yang bermakna kepada pelajar dan ia merupakan sesuatu pencapaian yang besar bagi pelajar.

 

10.     Bersedia untuk menukar rancangan

Semasa mencuba untuk menukar sesuatu rancangan baru, ia mungkin akan memberi kesan terhadap pelajar, maka pastikan mengambil sedikit masa. Kemudian pantau tindakbalas sebelum mencuba cara yang lain. Sekiranya, semasa pembelajaran berlangsung, kemungkinan pelajar akan menunjukkan kurang minat terhadap apa yang guru rancangkan. Tidak mengapa sekiranya rancangan yang ditukar bersesuaian dengan keperluan pelajar.

 

 

 

Tag Strategi Autism

Reflection

Bagaimana cara untuk anda membantu pelajar Autisme?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Apakah strategi membantu pelajar Autism?

Terangkan salah satu strategi untuk membantu pelajar Autism.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson