
Siratan Makanan

Semua organisma memerlukan tenaga untuk terus hidup. Tenaga ini diperoleh daripada makanan, sama ada dengan membuat makanan sendiri atau bergantung pada organisma lain untuk mendapatkan makanan. Tiga komponen utama dalam rantai makanan organisma adalah pengeluar, pengguna dan pengurai Pengeluar - Organisma hidup yang membuat makanan sendiri. Tumbuhan hijau digolongkan sebagai pengeluar kerana berupaya membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis.. Pengguna - Organisma hidup yang memakan organisma lain. Biasanya, haiwan jenis herbivor merupakan pengguna primer kerana herbivor memakan pengeluar, iaitu tumbuhan hijau.
Pengurai - Organisma atau mikroorganisma yang menguraikan bahan buangan serta organisma yang mati kepada bahan-bahan yang ringkas atau mineral untuk mendapatkan tenaga. Rantai makanan boleh digunakan untuk menunjukkan hubungan pemakanan antara organisma. Perhatikan contoh dalam rajah di bawah. Rantai makanan sentiasa bermula dengan pengeluar, diikuti dengan beberapa pengguna.
Siratan makanan terbentuk daripada beberapa rantai makanan. Rantai makanan yang membentuk siratan makanan di bawah ialah:
|
Maklumat Lanjut:Diadaptasi daripada artikel di laman web cikguhailmi.com |
Start your first discussion