Peringkat-Peringkat Penyoalan

Peringkat-Peringkat Penyoalan

Share this post

Peringkat penyoalan yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah berkaitan dengan objektif pengajaran. Benjamin Bloom dan rakan-rakannya (1956) telah mereka enam peringkat skema yang mengklasifikasikan objektif pengajaran. Sistem ini mempunyai hierarki yang menyusun kemahiran berfikir mulai daripada rendah kepada yang tinggi.

Gambar Rajah: Komponen Asas Taksonomi Bloom

Ia menekankan proses-proses mental yang memerlukan penyusunan objektif dan kemahiran yang jelas dan tepat. Soalan-soalan yang melibatkan setiap peringkat dalam Taksonomi Bloom perlu diadakan.

 

PENGETAHUAN

Bentuk soalan yang memerlukan pelajar untuk mengenal, mengetahui atau mengingat kembali fakta, konsep, prinsip, kenyataan yang tertentu atau sesuatu corak.

  1. Apakah formula untuk mencari luas segi tiga?
  2. Apakah definisi pecahan setara?
  3. Apakah takrif bagi kecerunan garis lurus?
 

PEMAHAMAN

Bentuk soalan yang memerlukan pelajar memahami atau mentafsir sesuatu idea dengan menggunakan perkataan sendiri. Soalan-soalan memerlukan pelajar mengaitkan fakta dan menggunakan maklumat yang dipelajari terdahulu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi sekarang. Pada peringkat ini pelajar sudah boleh mengenal makna bahan-bahan yang diajarkan dan tahu kegunaan maklumat yang diperoleh bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Seterusnya pelajar dapat membentuk peta konsep yang tersendiri dalam pemikirannya melalui konsep yang dipelajari.

 
  1. Jelaskan apa yang anda faham tentang konsep koordinat Kartesian?
  2. Kenapa y2=x2 adalah fungsi, sementara y=x+1 bukan fungsi?
  3. Kenapa X/0 tidak tertakrif?
 

PENGGUNAAN

Bentuk soalan yang memerlukan penggunaan kefahaman dan pengetahuan sesuatu formula dan prinsip teknik untuk menyelesaikan masalah. Soalan-soalan ini merupakan masalah dalam kehidupan harian.

 
  1. Iskandar membeli seekor ayam yang berjisim 134 kilogram. Jika harga sekilogram ayam ialah RM4.80, berapakah harga ayam yang dibelinya itu?
  2. Muatan sebuah lori kecil ialah 4800 kg. Berapa buah lori diperlukan untuk menghantar bekalan kecemasan seberat 60 000 kg untuk mangsa banjir. Berikan jawapan anda dalam bentuk piawai.
  3. Sebuah padang yang berbentuk segi empat tepat mempunyai ukuran (x+3) meter panjang dan (x-1) meter lebar. Bentukkan satu persamaan kuadratik bagi luas padang itu.
 

PENGANALISISAN

Bentuk soalan yang memerlukan penyelesaian kepada masalah yang dibantu oleh pengetahuan tentang bahagian dan proses pembelajaran. Pelajar perlu mengetahui andaian yang dinyatakan, mengenal pasti kesilapan logik dalam penaakulan, membezakan antara kenyataan dan rumusan.

 
  1. Mengapakah ayat Matematik ini setara?

                            8 =3 dan 2^3=8

  1. Kenapakah langkah pertama untuk mencari hasil bahagi

                          2/7 / 3/5  dinyatakan sebagai 2/7 x 5/3?

  1. Tentukan sama ada garis berikut adalah selari atau tidak:

                                            y1=2x+3

                                            2y2=4x-1

 

SINTESIS

Bentuk soalan yang memerlukan pelajar untuk menggunakan pemikiran imaginatif dan kreatif. Pada peringkat ini, biasanya pelajar dapat menggunakan kemahiran dalam bidang yang telah dipelajari ke situasi baru secara kreatif. Pelajar berkebolehan mengemukakan idea, perancangan atau hasil tersendiri. Hal ini melibatkan proses pengaturan bahagian dan menggabungkan dengan sesuatu cara supaya terbentuk satu struktur atau corak yang tidak wujud sebelumnya

 
  1. Mengapakah graf y=3x-1 mempunyai satu nilai kritikal?
  2. Aishah lebih tua daripada Nazirah. Nazirah lebih tua daripada Nani. Siapakah yang lebih tua, Aishah atau Nani?
 

PENILAIAN

Memerlukan pelajar menyediakan nilai-nilai dan piawai untuk menentukan sejauh mana konsep itu menepati nilai dan piawai tersebut. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilai bagi sesuatu tujuan atau tentang idea, bahan-bahan, dan lain-lain. Pertimbang ini berasaskan kriteria untuk menilai setakat mana sesuatu idea atau penyelesaian itu tepat, berkesan, dan memuaskan.

 
  1. Manakah kaedah penyelesaian yang sesuai untuk menyelesaikan persamaan linear secara graf, kaedah tukar ganti atau Hukum Cramer?
  2. Mengapakah kamu memilih kaedah tersebut untuk menyelesaikan masalah?
 

SOALAN TERBUKA DAN SOALAN TERTUTUP

Soalan Terbuka:

Merupakan soalan yang menghasilkan pelbagai jawapan. Biasanya soalan terbuka menggalakkan pelajar untuk melatih kemahiran berfikir yang tinggi, iaitu seperti peringkat sintesis dan analisis. Soalan terbuka lebih kreatif, tidak terhad dan memberi peluang kepada pelajar untuk memberi jawapan yang kreatif. Soalan terbuka (divergent) mempunyai pelbagai jawapan yang betul dan menggalakkan perbincangan sesama pelajar untuk menghuraikan sesuatu hipotesis penyoalan.

 

  a)   Apakah yang kamu boleh beritahu saya tentang poligon?

 

Soalan Tertutup:

Menghasilkan jawapan yang terhad dan kebanyakan jawapan sudah diketahui oleh guru. Soalan tertutup juga dikenali sebagai soalan convergent tidak perlu disoal pada tahap kognitif yang rendah. Terdapat dua jenis soalan tertutup:

1.   Soalan untuk mendapat kepastian atau penolakan. Soalan-soalan ini hanya memerlukan jawapan “ya” atau “tidak”. 

  1. Adakah 2, 4, 6 nombor genap?
  2. Bolehkah kamu berikan jenis-jenis segi tiga?
 

2.   Soalan-soalan yang meminta maklumat yang tertentu

  1. Berapa panjangkah padang bola sepak sekolah anda?
  2. Nyatakan jenis-jenis segi tiga.

 

 

Tag Penyoalan Analisis Taksonomi Bloom Sintesis

Reflection

Bagaimanakah anda merangka soalan untuk bertanyakan pada pelajar anda?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Berikut merupakan antara komponen asas taksonomi, kecuali?

Berikan contoh soalan yang boleh direka bagi kategori bloom Penilaian.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson