Perbezaan Kata Sendi Nama ‘Dari’ dan ‘Daripada’ dengan Akronim KABOS dan ATM

Perbezaan Kata Sendi Nama ‘Dari’ dan ‘Daripada’ dengan Akronim KABOS dan ATM

Share this post

KATA SENDI NAMA

Kata sendi nama ialah perkataan yang terletak di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu ialah:

 

Walaupun semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, tetapi tiap-tiap satu mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan khusus yang akan dijelaskan. Namun, dalam kapsul ini, hanya kata sendi nama ‘dari’ dan kata sendi nama ‘daripada’ akan dijelaskan peraturan dan perbezaannya.

 

Kata Sendi Nama ‘dari’

Kata sendi nama ‘dari’ digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat dan masa. Oleh itu, pelajar boleh menggunakan akronim ATM. Contoh penggunaan kata sendi nama ‘dari’ adalah seperti berikut:

 

A.   Menunjukkan arah

   1.  Maria datang dari sana.

(bukan: Maria datang daripada sana.)

  2.  Dia bergerak dari kiri ke kanan.

(bukan: Dia bergerak daripada kiri ke kanan.)

  3.  Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi.

(bukan: Kajian itu dibuat daripada sudut ekonomi)

  4.  Tajuk itu perlu dibincangkan dari segi moral. 

(bukan: Tajuk itu perlu dibincangkan daripada segi moral.)

 

B.   Menunjukkan tempat

  1.  Dia berasal dari Kuala Lumpur.

(bukan: Dia berasal daripada Kuala Lumpur.)

  2.  Ayah baru pulang dari tempat kerja.

(bukan: Ayah baru pulang daripada tempat kerja.)

  3.  Ali berpindah dari Kedah ke Johor.

(bukan: Ali berpindah daripada Kedah ke Johor.)

  4.  Emak baru balik dari pasar pagi. 

(bukan: Emak baru balik daripada pasar pagi.)

 

C.   Menunjukkan masa

  1.  Bayaran ansuran perlu dibayar dari tarikh yang ditetapkan.

(bukan: Bayaran ansuran perlu dibayar daripada tarikh yang ditetapkan.)

  2.  Ziham mengulang kaji pelajaran dari pukul 1.00 petang hingga pukul 2.00 petang. 

(bukan: Ziham mengulang kaji pelajaran daripada pukul 1.00 petang hingga pukul 2.00 petang.) 

  3.  Cendiakawan itu terkenal dari kurun ke-20 lagi.

(bukan: Cendiakawan itu terkenal daripada kurun ke-20 lagi.) 

 

Kata Sendi Nama ‘daripada’

Kata sendi nama ‘daripada’ digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan keanggotaan, unsur abstrak, bandingan/binatang, orang/organisasi dan sumber/asal usul. Oleh itu, pelajar boleh menggunakan akronim KABOS. Contoh penggunaan kata sendi nama ‘dari’ adalah seperti berikut:

 

A.   Menyatakan keanggotaan

  1.  Aduan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah kami terima.

(bukan: Aduan dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah kami terima.) 

  2.  Awak perlu dapatkan peti pertolongan cemas daripada Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah 

(bukan: Awak perlu dapatkan peti pertolongan cemas dari Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah.)

  3.  Taufik menerima anugerah pelatih terbaik daripada Kelab Taekwando Malaysia. 

(bukan: Taufik menerima anugerah pelatih terbaik dari Kelab Taekwando Malaysia.) 

 

B.   Menyatakan unsur abstrak (tidak boleh dipegang secara fizikal)

  1.  Azman menjauhkan diri daripada bahaya dadah.

(bukan: Azman menjauhkan diri dari bahaya dadah.) 

  2.  Sesak nafas berpunca daripada virus Covid-19.

(bukan: Sesak nafas berpunca daripada virus Covid-19.) 

  3.  Terapi itu telah menyembuhkan Ali daripada gangguan mental.

(bukan: Terapi itu telah menyembuhkan Ali dari gangguan mental.) 

 

C.   Menyatakan bandingan/binatang

  1.  Dia lebih tinggi daripada adiknya.

(bukan: Dia lebih tinggi dari adiknya.) 

  2.  Edisi terbaharu buku itu lebih lengkap daripada edisi sebelumnya.

(bukan: Edisi terbaharu buku itu lebih lengkap dari edisi sebelumnya.) 

  3.  Pelatih sarkas menerima bola daripada beruangnya. 

(bukan: Pelatih sarkas menerima bola dari beruangnya.) 

 

D.   Menyatakan orang/organisasi

  1.  Surat itu daripada Ali.

(bukan: Surat itu dari Ali.) 

  2.  Biasiswa boleh dipohon daripada Jabatan Kewangan universiti tersebut.

(bukan: Biasiswa boleh dipohon dari Jabatan Kewangan universiti tersebut.) 

  3.  Bantuan kewangan telah diterima daripada kerajaan. 

(bukan: Bantuan kewangan telah diterima dari kerajaan.) 

 

E.   Menyatakan sumber/asal usul.

  1.  Meja itu diperbuat daripada kayu.

(bukan: Meja itu diperbuat dari kayu.) 

  2.  Nabila mendapat idea daripada lukisan itu.

(bukan: Nabila mendapat idea dari lukisan itu.) 

  3.  Benang berasal daripada kapas.

(bukan: Benang berasal dari kapas.)

 

 

Rujukan:

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tag Sekolah Rendah sekolah menengah tatabahasa nama dari daripada

Reflection

Apakah kaedah yang sesuai untuk membantu pelajar membezakan penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan kata sendi nama ‘daripada’?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Adakah pelajar sering keliru dengan penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan kata sendi nama ‘daripada’?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Akronim ATM merujuk?

Adakah formula ini akan membantu pelajar anda memahami dan mengingati cara membezakan penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan kata sendi nama ‘daripada’ dengan akronim yang dinyatakan?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson