.png)
Perancangan Pengajaran Tahunan
Perancangan pengajaran yang dibuat dengan teratur dan sesuai dengan peringkat pencapaian pelajar akan menghasilkan kejayaan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ia mestilah dibina terlebih dahulu mengikut susunan dan turutan yang logik serta mudah diikuti semasa pengajaran.
Perancangan ini perlu disediakan untuk setahun pengajaran bagi membantu guru mengatur isi pelajaran yang berterusan. Ia juga dapat menentukan pada masa bila hendak menyediakan soalan peperiksaan, ujian atau mengulang kaji pelajaran. Guru disediakan sebuah buku rekod untuk mencatat persediaan pengajaran pada awal persekolahan setiap tahun. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran mengikut tingkatan. Guru digalakkan merujuk kepada kandungan buku teks semasa membuat perancangan. Guru juga perlu mengambil faktor-faktor seperti aktiviti sukan, ceramah, dan sebagainya yang dijalankan di sekolah sepanjang tahun. Guru perlu berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan selaras dengan penekanan baru dalam KBSM. Guru perlu tahu tarikh semester persekolahan dan tentukan kadarnya dalam seminggu pada setiap semester. Contoh Perancangan Pengajaran: Mata Pelajaran : Matematik Tingkatan : 4B Tahun : 2001 Semester I : 3 Januari 2001 – 25 Mei 2001
|
Start your first discussion