Penyoalan Kendiri dalam Inkuiri

Penyoalan Kendiri dalam Inkuiri

Share this post

INKUIRI

 

  • Merupakan satu pendekataan dimana pelajar menggunakan penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan dan kefahaman sendiri.

 

  • Pelaksanaan ini berasaskan projek, penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif.

 

  • Berfokus kepada learning by doing yang melibatkan murid, melaksanakan aktiviti penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baru.

 

  • Kemahiran ini diperlukan oleh setiap murid untuk menguasai pengetahuan sepanjang hayat.

 

  • Membantu penguasaan pelbagai kemahiran aras tinggi seperti kemahiran saintifik, kemahiran insaniah, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan.

 

 

PENYOALAN KENDIRI DALAM INKUIRI

 

Penyoalan kendiri dapat menggalakkan diri murid menjana pemikiran kreatif dan kritis semasa Inkuiri. Model yang digunakan untuk Inkuiri ialah Model Pembelajaran Inkuiri 5E. Terdapat fasa pelibatan (engagement), fasa penerokaan (exploration), fasa penerangan (explanation), fasa pengembangan (elaboration), dan fasa penilaian (evaluation) dalam model ini.

 

Penyoalan kendiri digunakan sepanjang proses bertujuan:

  • Menilai pengetahuan sedia ada.
  • Menimbulkan minat dalam kalangan murid.
  • Membina kefahaman yang mendalam/
  • Merangsang pemikiran yang kreatif san kritis.
  • Mentaksir pembelajaran dan kemajuan.
  • Meneroka pandangan alternatif.

 

 

CONTOH PENYOALAN KENDIRI YANG BOLEH DIGUNAKAN SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INKUIRI DIJALANKAN

 

Fasa Pelibatan (Engagement)

  • Mengemukakan soalan sebenar
    • Apakah yang saya ingin tahu?
    • Mengapakah saya perlu tahu?
    • Bagaimana saya tahu?
    • Apakah jawapannya?

 

Fasa Penerokaan (Exploration)

  • Mencari sumber
    • Apakah sumber yang membantu?
    • Dimanakah sumber boleh didapati?
    • Adakah sumber itu benar?
    • Adakah terdapat sumber lain?

 

Fasa Penerangan (Explanation)

  • Menginterpretasi maklumat
    • Adakah data releven?
    • Bahagian mana yang menyokong data?
    • Data mana yang tidak menyokong?
    • Adakah teknik penyoalan yang digunakan betul?

 

Fasa Pengembangan (Elaboration)

  • Mengemukakan soalan sebenar
    • Apakah fakta utama saya?
    • Siapakah sasaran saya?
    • Apa lagi yang penting?
    • Bagaimana saya melaporkan?

 

Fasa Penilaian (Evaluation)

  • Membuat refleksi
    • Apa yang saya telah pelajari?
    • Apakah yang telah saya lakukan?
    • Adakah perkara yang saya lakukan itu betul?
    • Apakah cadangan dan implikasinya?

 

Rujukan

Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

 

Tag Inkuiri Penyoalan Kendiri

Reflection

Apakah model yang digunakan dalam Inkuiri?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Apakah yang anda perlu lakukan di fasa pengembangan?

Berikan satu (1) contoh penyoalan kendiri di fasa penilaian.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson