Pentaksiran Sebagai Pembelajaran atau Untuk Pembelajaran

Pentaksiran Sebagai Pembelajaran atau Untuk Pembelajaran

Share this post

 

Tujuan pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan dan memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahIran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, para pendidik haruslah bersedia dalam pelbagai perkara untuk memastikan matlamat pendidikan ini berjaya.

Salah satu cara yang berkesan untuk melihat sejauh mana berjayanya proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah melalui teknik pentaksiran. Walaupun seorang pendidik mengajar dalam sebuah kelas yang bilangan pelajar lebih kurang 40 orang, ini tidak bermakna semua perkara yang diajar akan difahami mereka. 

Maka, di sinilah proses pentaksiran memainkan peranan yang penting untuk melihat sejauh mana kefahaman pelajar memahami konsep atau kemahiran yang diajar.

PDP merupakan satu proses interaksi yang dinamik antara guru dan pelajar di mana penyampaian ilmu, bimbingan, dan pentaksiran diadakan dalam bilik atau di luar kuliah. Menerusi aktiviti soal jawab dalam sesuatu pengajaran, guru akan memperoleh maklumat tentang tahap pemahaman serta kebolehan dan kemampuan pelajar. Pentaksiran memberi peluang kepada seseorang guru atau pensyarah untuk mengenal pasti pelajar yang berkebolehan dan pelajar yang perlu dibantu. 

Dalam dunia pendidikan, umum mengetahui bahasa proses pendidikan merangkumi tiga komponen yang saling bergantungan iaitu pengajaran, pentaksiran, dan pembelajaran. Pentaksiran pendidikan merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan membuat rumusan tentang produk sesuatu proses pendidikan.Pentaksiran merupakan sebahagian daripada aktiviti penilaian yang melibatkan suatu proses pengumpulan maklumat secara berterusan dengan tujuan untuk menguji hipotesis, membuat keputusan, dan mengemukakan soalan. 

 

Ciri-ciri pentaksiran meliputi perkara berikut:

  1. Pentaksiran ialah proses mengumpul data bagi tujuan membuat keputusan tentang individu atau kumpulan.
  2. Ujian pula ialah sebahagian daripada pentaksiran.
  3. Apabila pentaksiran dibuat ke atas pelajar, guru sebenarnya mengukur tahap kecekapan untuk menentukan sama ada tahap yang perlu dikuasai pada satu-satu peringkat PdP telah dapat dihasilkan.
 

Pentaksiran yang berkesan sukar untuk dilaksanakan. Pelaksanaannya mengambil masa yang panjang dan kadangkala menelan belanja yang banyak. Tetapi pentaksiran sangat penting dalam pendidikan.

 

 

Tag Ujian Pembelajaran Penilaian Pentaksiran

Reflection

Pada pendapat anda, mengapakah pentaksiran sangat penting dalam pendidikan?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Pentaksiran yang berkesan sukar untuk dilaksanakan kerana:

Nyatakan salah satu ciri-ciri pentaksiran.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson