Pentaksiran Sebagai Pembelajaran

Pentaksiran Sebagai Pembelajaran

Share this post

Pentaksiran sebagai pembelajaran tidak sekadar bergantung ujian kertas dan pensel sahaja tetapi lebih daripada itu untuk mengesan perkembangan pelajar. Pentaksiran dilakukan secara berterusan yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis.

 

Antara keperluan melaksanakan pentaksiran oleh King dan Brathwaite (1991) adalah seperti berikut:

  1. Latihan yang digunakan untuk pentaksiran mestilah menggunakan sampel daripada pelbagai topik dan sukatan pelajaran serta mentaksir pelbagai kemahiran.
  2. Markah dibahagikan mengikut kriteria atau kemahiran yang ditaksir. 
  3. Guru harus menyerahkan rekod pentaksirannya dengan sampel buku amali kepada pemeriksa sebenar untuk disetarakan. 
 

Lima faktor penting pentaksiran yang menyumbang kecemerlangan pembelajaran mengikut kajian oleh Black dan Willian (1998) seperti berikut:

  1. Pentaksiran dijalankan secara berterusan dalam bilik darjah. Keputusan yang diperoleh digunakan untuk mengubah suai kaedah pengajaran dan pembelajaran dan bukannya untuk perbandingan skor atau gred pelajar. 
  2. Maklum balas pelajar-guru dalam bentuk lisan atau bertulis tentang hasil kerja pelajar dimurnikan melalui pentaksiran.
  3. Penglibatan aktif pelajar dalam pentaksiran yang dijalankan.
  4. Motivasi dan minat pelajar difokus dengan teliti dalam pentaksiran; bertujuan untuk mendorong pelajar mempercayai bahawa mereka boleh menguasai pembelajaran yang diajar.
  5. Pentaksiran yang mengambil kira masa untuk pelajar menjalankan pentaksiran kendiri secara berkumpulan atau melalui dialog guru-pelajar.
 

Pentaksiran sebagai pembelajaran menggalakkan guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuat klasifikasi pelajar tentang tahap kebolehan semasa proses PdP dijalankan. Pelajar menjalankan aktiviti, guru menilai pada masa tersebut.

 

PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

Pentaksiran pembelajaran memberitahu sama ada:

  • Pihak sekolah telah melaksanakan tanggungjawab menyampaikan ilmu kepada pelajar
  • Pelajar telah mencapai piawai yang ditetapkan 
  • Guru menjalankan tanggungjawab
  • Ibu bapa, masyarakat, dan pihak yang berkepentingan berminat untuk mendapatkan bukti hasil pembelajaran pelajar
 

Pentaksiran pembelajaran biasanya diadakan selepas suatu jangka masa tertentu, misalnya selepas lapan minggu suatu kursus dijalankan. Tujuan pentaksiran adalah untuk melihat sejauh mana objektif kursus telah tercapai, dan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh oleh pelajar pada akhir program.

 

 

 

Tag Pembelajaran Pentaksiran

Reflection

Apakah manfaat yang boleh diperoleh daripada pentaksiran?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Yang manakah bukan membawa maksud pentaksiran pembelajaran?

Mengapakah pentaksiran pembelajaran penting buat ibu bapa dan masyarakat?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson