| 
			 KONSTRUKTIVISME 
			  
			
				- Satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan/pengalaman.
 
				- Murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
 
				- Pandangan tentang cara manusia belajar.
 
				- Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir.
 
				- Murid menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada melalui interaksi sosial bersama rakan dan guru.
 
			 
			  
			  
			CONTOH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME: MATEMATIK 
			
			  
			Objektif 
			Membuat generalisasi tentang bilangan segi empat sama dalam sesuatu grid 
			  
			Peringkat 
			Menengah Rendah 
			  
			Aktiviti 
			
			1. Rujuk ada Rajah 1, tentukan berapa segi empat yang terdapat dalam rajah itu. Terangkan bagaimana anda mendapat jawapan anda. 
			  
			2. Terangkan berapakah segi empat sama yang terdapat dalam Rajah 2 dan Rajah 3? 
			  
			3. Bagaimanakah pula dengan bentuk 5 × 5 dan grid 10 × 10 
			  
			4. Apakah pola untuk bilangan segi empat sama yang terdapat dalam sesuatu rajah? 
			  
			5. Cadangkan petua untuk menentukan bilangan segi empat sama dalam sesuatu rajah. Bagaimanakah cara anda memastikan petua yang dicadangkan itu? 
			  
			  
			PANDUAN GURU 
			  
			
				- Aktiviti 1 hingga 4, murid berbincang sesama mereka untuk mengira bilangan segi empat sama yang terdapat dalam setiap rajah.
 
			 
			  
			
				- Guru membibing tentang strategi yang sesuai digunakan apabila hanya diminta oleh murid.
 
			 
			  
			
				- Di kes grid 10 × 10 ada murid yang mungkin masih menggunakan strategi membilang. Mereka yang menggunakan pola telah menggunakan strategi mengira seperti:
 
			 
			Petak 10 × 10 = 10² 
			Petak 9 × 9 = 9² 
			Petak 8 × 8 = 8² 
			. 
			. 
			. 
			  
			Petak 1 × 1 = 1² 
			Jumlah segi empat sama = 100 + 81 + 64 + 49 + ….. + 4 + 1 = 385 
			  
			
				- Daripada kes yang mereka terokai, murid mencadangkan petua bahawa bilangan segi empat sama n × n = jumlah nombor kuasa dua daripada 1 hingga n².
 
			 
			  
			
				- Guru perlu membimbing murid merekod penerokaan dalam bentuk sistematik supaya mereka dapat melihat pola itu.
 
			 
			  
			
				- Murid boleh mencuba mengaplikasikannya daripada kes yang mereka telah kaji daripada awalnya untuk menguji kebenarannya.
 
			 
			  
			
				- Guru boleh mencadangkan pada murid yang buntu menguji petua itu dengan kes yang mereka sudah mengetahui jawapannya.
 
			 
			  
			Rujukan
			Konstruktivisme 
			 | 
		
	
 
                            
                            Tag
                                                                    Matematik
                                                                    Konstruktivisme
                                                            
                                                            
                                    Reflection  
                                
                                                                    
                                       Apakah yang anda faham tentang Konstruktivisme?
                                    
                                    
                                    
                                        This field is required
                                        The text is too short
                                        The text is too long
                                     
                                                            
                                                           
                                                                    
                                        
Apakah Konstruktivisme?
                                    
                                    
                                                                                                                        
                                                                    
                                         Apakah yang anda boleh lakukan sekiranya murid buntu merungkai permasalahan?
                                    
                                    
                                    
                                        This field is required
                                        The text is too short
                                        The text is too long