Pengajaran dan Pembelajaran Secara Konstruktivisme: Geografi
| 
			 KONSTRUKTIVISME 
 
 
 
 CONTOH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME: GEOGRAFI 
 Objektif 
 
 Tajuk Taburan Penduduk 
 Bahan Bantu Mengajar 
 
 Aktiviti 1. Murid diminta berbincang mengenai beberapa negeri di Malaysia. Apakah gambaran minda murid ketika membincangkan negeri-negeri di Malaysia? Apakah gambaran itu positif atau negatif? 
 2. Murid diminta menyatakan negeri-negeri yang paling digemari dan tidak digemari untuk diduduki serta memberikan sebab-sebab. 
 3. Edarkan bahan ‘Dimanakah anda ingin tinggal’ kepada semua murid. Murid diminta untuk menandakan negeri-negeri di kegemaran mereka menggunakan skala 1-5. Murid diberi panduan menggunakan skala tersebut. Skala 1 bermakna murid tidak ingin tinggal di tempat itu, skala 5 bermaksud murid ingin tinggal di tempat tersebut. Manakala skala 3 bermaksud murid tidak begitu tegas terhadap tempat yang mereka ingin tinggal. 
 4. Murid diminta mewarnakan negeri-negeri kegemaran mereka dengan menggunakan warna lembut di peta negara Malaysia. Manakala warna gelap digunakan untuk melambangkan negeri-negeri yang tidak digemari. 
 5. Murid berbincang sesama mereka mengenai negeri kegemaran. Soalan perbincangan meliputi soalan berikut: 
 
 
 6. Kertas cadangan dikumpulkan. Murid diminta membuat analisis dengan mengira purata skor bagi setiap negeri kegemaran mereka secara keseluruhan. Senaraikan negeri mengikut purata kegemarannya. Contoh: 
 
 
 7. Murid boleh melukis atau melakar serta mewarnakan peta seperti di aktiviti 4. Peta kegemaran boleh ditampal pada papan kenyataan kelas. 
 8. Murid menganalisis peta berdasarkan soalan-soalan ini: 
 
 
 Kesimpulan 
 Apakah kesimpulan yang boleh dibuat terhadap pola pemilihan tempat tinggal? Murid disoal tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan tersebut. Jika maklumat yang diberikan oleh murid terhadap negeri-negeri ini tidak bendar atau berat sebelah, guru boleh mencadangkan kepada mereka untuk membuat kajian sama ada tanggapan mereka terhadap negeri-negeri tersebut benar atau tidak. 
 Contoh Bahan Edaran ‘Dimanakah anda ingin tinggal’ 
 Berikan skala pada negeri-negeri kegemaran anda berdasarkan skala berikut: 1 = Amat tidak digemari 2 = Tidak digemari 3 = Tiada pendapat 4 = Digemari 5 = Amat Mengemari 
 
 
 Rujukan | 
		
Start your first discussion
