Pengajaran dan Pembelajaran Secara Konstruktivisme: Fizik

Pengajaran dan Pembelajaran Secara Konstruktivisme: Fizik

Share this post

KONSTRUKTIVISME

 

  • Satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan/pengalaman.
  • Murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
  • Pandangan tentang cara manusia belajar.
  • Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir.
  • Murid menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada melalui interaksi sosial bersama rakan dan guru.

 

 

CONTOH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME: FIZIK

 

Objektif

Menyiasat hubugan bentuk trek dengan kelajuan objek melaluinya.

 

Tingkatan

Tingkatan 4 (Menengah Atas)

 

Aktiviti

  • 2 biji bola diguling diatas peralatan seperti yang ditunjukkan.

 

  • Bola pertama bergeak di atas Trek 1, manakala bola kedua bergerak di atas Trek 2.

 

  • Kedua-dua bola bermula pada titik A dan tamat pada titik B.
    1. Ramalkan bola yang manakah yang akan sampai lebih cepat di titik B. Nyatakan prinsip yang anda gunakan untuk mencapai kesimpulan ini.
    2. Seorang murid mencadangkan bola kedua turun kepada satu lembah sebelum tiba di penghujung trek 2. Oleh kerana itu, halaju bola kedua lebih perlahan apabila tiba di titik B berbanding dengan halaju bola pertama. Adakah anda bersetuju dengan pendapat murid itu? Nyatakan sebarang andaian dan hujahkan kes anda.
    3. Sekiranya Trek 2 diubah supaya menjadi lebih cerun atau sederhana cerun, nyatakan bola manakah yang akan sampai dahulu ke titik B.

 

 

PANDUAN GURU

 

  • Galakkan murid untuk berbincang dalam kumpulan kecil dan membentangkan hasil perbincangan kepada kumpulan lain. Cara begini dapat menukar fikiran, idea yang kritis dan penyemakan penerangan alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

 

  • Guru perlu menggalakkan murid untuk menyenaraikan kepelbagaian analisis yang dihasilkan, kemudian meminta murid untuk menggunakan pengetahuan mereka untuk mempertahankan hujah mereka.

 

  • Guru tidak harus memberi jawapan tetapi boleh menggalakkan pandangan alternatif, menarik perhatian terhadap idea yang bercanggah atau mencadangkan idea baru.

 

  • Penerangan untuk soalan nombor 2 bergaung kepada prinsip keabadian tenaga. Sekiranya andaian dibuat bahawa kedua trek licin makan kedua bola akan tiba di titik dengan halaju yang sama. Sekiranya geseran pada kedua-dua trek tidak diabaikan, bola kedua akan hilang lebih tenaga kinetik kerana interaksi trek yang lebih panjang. Disebabkan itu, halaju bola kedua lebih perlahan apabila tiba di titik B.

 

  • Bergantung kepada cerun trek 2, analisis bola manakah yang akan tiba di titik B dibuat. Bola pertama bergerak pada Trek 1 dengan halaju seragam v. Bola kedu mengalami pecutan dalam gerakan di atas Trek 2. Disebabkan itu, bola kedua sentiasa mendahului gerakan bola pertama.

 

  • Gerakan tersebut berlaku apabila Trek 2 mempunyai cerun sederhana. Walau bagaimanapun, apabila cerun Trek 2 terlalu besar, komponen halaju bola kedua pada titik di mana kedua trek bersilang. Disebabkan itu, walaupun bola kedua mengalami pecutan, bola itu masih tidak dapat mengejar bola pertama yang bermula pada titik yang sama dengan halaju yang lebih besar.

 

  • Guru berperanan untuk membimbing murid bermula daripada salah satu kes dahulu sama ada cerun sederhana ataupun cerun yang lebih besar dalam menganalisis pergerakan bola. Kemudian, guru perlu meneruskan sehingga kes yang lain, dan bukannya berhenti selepas satu jenis kes.

 

  • Setelah murid selesai mengkaji satu jenis kes dengan mendalam, guru boleh mencadangkan murid untuk mengkaji kes yang lain.

 

  • Guru bolehlah mengingatkan murid apabila berhujah perlulah menggunakan prinsip fizik yang berkaitan sewaktu perbincangan diadakan.

 

 

Rujukan

Konstruktivisme

 

Tag Konstruktivisme Fizik

Reflection

Apakah yang anda faham tentang Konstruktivisme?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Apakah Konstruktivisme?

Berikan satu (1) peranan guru ketika melakukan aktiviti ini.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson