
Pengajaran dan Pembelajaran Secara Konstruktivisme: Bahasa Melayu
KONSTRUKTIVISME
CONTOH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME: BAHASA MELAYU
Objektif Menghubungkan kata dasar bermula dengan huruf ‘T’ dengan imbuhan ‘me’.
Tajuk Tatabahasa – Imbuhan Kata Kerja
Bahan Bantu Mengajar Kad gambar
Pengetahuan Murid telah mengetahui bahawa kata terbitan terdiri daripada imbuhan dan kata dasar
Aktiviti
1. Guru menunjukkan murid gambar orang yang sedang menendang bola, menulis, menumbuk sambal, menarik lembu, menonton televisyen dan sebagainya.
2. Murid menulis ayat yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut. Kemudian, murid diminta menuliskan ayat-ayat ini di papan tulis dan seterusnya menggariskan kata kerja yang menggunakan imbuhan ‘me’. Contohnya menulis, menumbuk, menonton, menarik, dan menendang.
3. Murid menentukan kata dasar kepada perkataan-perkataan ini dan menyenaraikan dalam jadual seperti dalam jadual di bawah:
4. Guru memberikan beberapa kata dasar lain seperti tonjol, tangkap, tekan dan tiru. Murid membentuk kata terbitan dengan meletakkan imbuhan ‘me’ pada awal kata dasar ini.
5. Murid diminta untuk menerangkan mengapa mereka membentuk kata terbitan tersebut.
6. Murid diminta untuk membaca ayat-ayat berikut:
Murid menyatakan sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan perkataan yang bergaris dan diminta untuk menunjukkan alasannya.
7. Murid membuat rumusan peraturan yang mereka gunakan apabila menghubungkan kata dasar yang bermula dengan huruf ‘t’ dengan imbuhan ‘me’.
8. Murid diminta untuk mencadangkan kata dasar lain yang bermula dengan huruf ‘t’.
PANDUAN GURU
Rujukan |
Start your first discussion