Pendekatan Koperatif

Pendekatan Koperatif

Share this post

 

PENDEKATAN KAEDAH PENYELIDIKAN KONSTRUKTIF.

 

Secara umumnya, terdapat 4 pendekatan di dalam kaedah penyelidikan konstruktif.

  1. Pendekatan penyelidikan
  2. Pendekatan soalan
  3. Pendekatan koperatif
  4. Pendekatan eksperimen

 

Dalam artikel ini, tumpuan diberikan kepada pendekatan koperatif dalam kaedah penyelidikan konstruktif.

 

 

PENDEKATAN KOPERATIF

 

1. PENGENALAN

 

  • Satu strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang memerlukan pelajar untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain di dalam satu kumpulan kecil dan yang mempunyai tujuan yang sama.
  • Guru menentukan kemahiran dan pengetahuan yang perlu dipelajari oleh pelajar.
  • Guru perlu memberitahu pelajar tentang cara bekerjsama dalam kumpulan.
  • Pelajar bertanggungjawab terhadap pencapaian sama ada secara individu atau secara berkumpulan.
  • Pendekatan ini mengambil kira aspek kognitif, tingkah laku, emosi dan sosial pelajar.
  • Guru perlu menerangkan prosedur tertentu untuk pelajar mengendalikan kumpulan mereka.

 

 

2. PRINSIP-PRINSIP PENDEKATAN KOPERATIF

 

  • Saling bergantungan secara positif

Setiap pelajar perlulah merasakan mereka adalah sama dan saling bergantung untuk mencapai matlamat dalam kumpulan. Cara yang digunakan untuk mencapai saling bergantungan secara positif termasuklah dengan menetapkan matlamat, berikan ganjaran kepada ahli kumpulan, membahagikan sumber sama rata dan memberikan peranan sampingan kepada ahli kumpulan.

 

  • Interaksi bersemuka

Ahli dalam kumpulan perlulah duduk berdekatan dan berinteraksi antara satu sama lain.

 

  • Akauntibiliti individu

Setiap ahli kumpulan perlulah mempunyai tanggungjawab untuk belajar. Cara untuk menstruktur akauntibiliti individu adalah dengan memberi ujian kepada semua pelajar, memilih secara rawak untuk menerangkan jawapan, memilih secara rawak laporan untuk digredkan dan penglibatan saksama.

 

  • Kemahiran koperatif

Contoh kemahiran koperatif termasuklah mengikut giliran untuk membuat kerja, memberi galakan, mendengar dengan teliti, menerangkan pendapat dengan jelas, mengkritik idea.

 

  • Pemprosesan kumpulan

Juga dikenali sebagai membuat refleksi. Perlakuan yang baik perlu diamalkan dan kelemahan harus diperbaiki pada PdP lain.

 

  • Kemahiran sosial

Pelajar bukan sahaja perlu menyelesaikan masalah, mereka juga perlu kemahiran sosial untuk pergi bekerja.

 

  • Interaksi serentak

Perbincangan boleh berlaku dalam setiap kumpulan dalam masa yang sama.

 

 

3. STRATEGI PENDEKATAN KOPERATIF

 

  • Penyiasatan berkelompok

Setiap ahli kumpulan mendapatkan maklumat dengan mengenal pasti topik, merancang dan menjalankan siasatan.

 

  • Student Team Achievement Division (STAD)

Pembelajaran koperatif STAD mengikut turutan berikut:

    • Guru mengajar
    • Murid belajar dalam kumpulan
    • Kuiz secara individu
    • Peneguhan (Pemberian ganjaran kepada tiga kumpulan yang mendapat markah tertinggi)

 

  • Team-Accelerated Instruction (TAI)

Pelajar diberi kebebasan untuk bertindak dan guru membentuk kelas secara heterogen. Bahan-bahan ini direka khas untuk menggantikan buku teks sepenuhnya.

 

  • Team Games Tournament (TGT)

Guru membentuk pelajaran yang sesuai dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajar bermain permainan yang berbentuk pertandingan dalam bilik darjah.

 

  • Jigsaw

Setiap ahli kumpulan menyumbangkan sekeping puzzle dengan berkongsi maklumat yang dipelajari. Pelajar bertanggungjawab mempelajari bahagian atau bab tertentu dan kemudiannya mengajar kepada ahli kumpulan yang lain.

 

Rujukan

Sains Menggunakan Kaedah Penyelidikan Konstruktif

 

Tag Konstruktivisme Pendekatan

Reflection

Mengapakah anda menggunakan kaedah pendekatan koperatif dalam bilik darjah?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Yang manakah antara berikut bukan prinsip pendekatan koperatif?

Nyatakan satu (1) strategi pendekatan koperatif.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson