| 
			 KOGNITIF 
			  
			Merujuk kepada aktiviti mental yang merangkumi perhatian, ingatan, penghasilan dan pemahaman bahasa, pembelajaran, penaakulan, penyelesaian masalah, dan membuat keputusan. Maklumat ini akan diubah dan disusun kembali. Otak akan memproses secara aktif informasi yang diterima dan menukarkannya kepada bentuk atau kategori baru. 
			  
			
			PENDEKATAN KOGNITIF 
			  
			
				- Teori kognitif mengekalkan bagaimana seseorang berfikir mempengaruhi perasaan dan tingkah lakunya.
 
				- Membantu dalam pengetahuan termasuklah mengingat, pemikiran, motivasi dan anggapan
 
			 
			  
			  
			TAHAP PERKEMBANGAN DALAM PENDEKATAN KOGNITIF 
			  
			1. Enaktif 
			Pelajar akan memahami lingkungan sekitar melalui pengetahuan motorik. 
			  
			2. Ikonik 
			Pelajar memahami lingkungan sekitar melalui visualisasi verbal/gambar-gambar. 
			  
			3. Simbolik 
			Pelajar memahami lingkungan sekitar melalui simbol-simbol bahasa 
			  
			  
			PRINSIP PENDEKATAN KOGNITIF 
			  
			
				- Pendekatan kognitif ini telah digunakan untuk pelbagai kandungan teori dan praktikal dalam dunia pendidikan.
				
					- Pelajar akan lebih mampu mengingat dan memahami sesuatu apabila pelajaran disusun dalam logik atau pola tertentu.
 
					- Penyusunan prosedur PdP haruslah dari sederhana kepada kompleks.
 
					- Proses pembelajaran dengan memahami sesuatu konteks akan jauh lebih baik daripada hanya menghafal sahaja.
 
				 
				 
			 
			  
			  
			IMPLIKASI PENDEKATAN KOGNITIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) 
			  
			
				- Memberi peluang kepada pelajar untuk menyatakan idea.
 
				- Memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir tentang pengalamannya.
 
				- Memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba perkara baru.
 
				- Memberi pengalaman yang mempunyai tujuan kepada pelajar.
 
				- Mencipta suasana pembelajaran yang kondusif.
 
				- Mendorong pelajar memikirkan perubahan untuk mencapai objektif mereka.
 
			 
			  
			  
			KELEBIHAN PENDEKATAN KOGNITIF 
			  
			
				- Meningkatkan kemampuan pelajar untuk menyelesaikan masalah
 
				- Meningkatkan motivasi dan keyakinan pelajar.
 
			 
			  
			  
			KEKURANGAN PENDEKATAN KOGNITF 
			  
			
				- Kemampuan pelajar harus diperhatikan secara menyeluruh, bukan hanya pada seorang pelajar sahaja.
 
			 
			  
			Rujukan
			Teori kognitif 
			 | 
		
	
 
                            
                            Tag
                                                                    Kognitivisme
                                                                    Kognitif
                                                            
                                                            
                                    Reflection  
                                
                                                                    
                                       Apakah yang faham tentang pendekatan kognitif?
                                    
                                    
                                    
                                        This field is required
                                        The text is too short
                                        The text is too long
                                     
                                                            
                                                           
                                                                    
                                        
Yang manakah antara berikut merupakan kekurangan pendekatan kognitif?
                                    
                                    
                                                                                                                        
                                                                    
                                         Nyatakan satu (1) implikasi pendekatan kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran?
                                    
                                    
                                    
                                        This field is required
                                        The text is too short
                                        The text is too long