| 
			   
			A.   Pembelajaran Koperatif: 
			
				- Suatu strategi pengajaran di mana pelajar saling membantu dalam sebuah kumpulan kecil, mempunyai tujuan dan matlamat yang sama. 
 
				- Telah lama diamalkan oleh negara-negara maju, kajian di Barat menunjukkan bahawa terdapat perubahan positif terhadap diri pelajar apabila guru menukar pengajarannya daripada konsep individu kepada kumpulan. 
 
				- Secara tidak langsung, pelajar akan mendapat kebaikan dalam pemahaman konsep dan kemahiran Matematik kerana sikap bekerjasama antara satu sama lain. 
 
				- Menggalakkan pelajar yang lemah dan berfikiran negatif terhadap Matematik, berkongsi pandangan dan berbincang dengan rakan dalam kumpulan. 
 
				- Memberi penekanan kepada matlamat dan kejayaan pasukan.
 
				- Meningkatkan potensi pencapaian harga diri dan kemahiran sosial pelajar. 
 
				- Berupaya menghasilkan perasaan positif antara satu sama lain, mengurangkan rasa tersisih dan kesunyian, membina perhubungan saling membantu, meningkatkan pencapaian melalui aktiviti kognitif dan memperbaiki kemahiran sosial secara umum.
 
			 
			 
			B.   Menurut Bernett (1994) terdapat dua perspektif teori tentang pembelajaran koperatif: 
			
				- Pendekatan perkembangan: psikologi kognitif
 
				- Pendekatan motivasi: psikologi sosial
 
			 
			 
			C.   Terdapat tiga kaedah tentang pembelajaran yang boleh dilakukan iaitu sama ada secara koperatif, persaingan atau individu. Setiap satu kaedah ini mempengaruhi interaksi antara pelajar, pengetahuan yang mereka peroleh serta sikap mereka terhadap Matematik.  
			 
			Dalam situasi persaingan, setiap pelajar bersaing antara satu sama lain dan melihat pelajar lain sebagai seteru terhadap pencapaian mereka. Persaingan juga menimbulkan kebencian sesama pelajar  
			 
			Kesan-kesan negatif persaingan bersikap individu apabila pelajar membuat tanggapan bahawa guru hanya menghargai pelajar yang berjaya sahaja. Selain itu, pelajar cenderung bersifat individualistik, menimbulkan kebencian di kalangan pelajar.  
			 
			Berbeza dengan pembelajaran koperatif yang mempunyai banyak kesan positif dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Tinjauan kajian yang lepas menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif memberi kesan positif dari segi pencapaian dan afektif pelajar berbanding kaedah kuliah.  
			
			  
			  
			 | 
		
	
 
                            
                            Tag
                                                                    Kognitif
                                                                    Koperatif
                                                                    Sosial
                                                            
                                                            
                                    Reflection  
                                
                                                                    
                                       Pada pendapat anda, perlukah sesuatu pembelajaran melibatkan pelajar secara berkumpulan?
                                    
                                    
                                    
                                        This field is required
                                        The text is too short
                                        The text is too long
                                     
                                                            
                                                           
                                                                    
                                        
Antara berikut yang manakah merupakan kesan negatif persaingan bersikap individu?
                                    
                                    
                                                                                                                        
                                                                    
                                         Mengapakah kaedah pembelajaran secara koperatif meninggalkan banyak kesan positif berbanding secara individu?
                                    
                                    
                                    
                                        This field is required
                                        The text is too short
                                        The text is too long