Pelaksanaan Inkuiri: Sejarah KSSM Tingkatan 1

Pelaksanaan Inkuiri: Sejarah KSSM Tingkatan 1

Share this post

INKUIRI

 

  • Merupakan satu pendekataan dimana pelajar menggunakan penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan dan kefahaman sendiri.

 

  • Pelaksanaan ini berasaskan projek, penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif.

 

  • Berfokus kepada learning by doing yang melibatkan murid, melaksanakan aktiviti penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baru.

 

  • Kemahiran ini diperlukan oleh setiap murid untuk menguasai pengetahuan sepanjang hayat.

 

  • Membantu penguasaan pelbagai kemahiran aras tinggi seperti kemahiran saintifik, kemahiran insaniah, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan.

 

 

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN: SEJARAH KSSM TINGKATAN 1

 

Mata Pelajaran: Sejarah

 

Bilangan Murid: 30 orang

 

Kelas: Tingkatan 1 Azalea

 

Tema/Topik/Modul: Pengenalan Ilmu Sejarah

 

Masa: 60 minit

 

Standard Kandungan/ Pembelajaran:

1.1 Pengenalan Ilmu Sejarah

1.1.4 Membincangkan sumber sejarah

1.1.5 Menjelaskan kaedah penyelidikan sejarah

K1.1.10 Menjana idea cara memelihara warisan negara kita

 

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:

  1. Menyenaraikan dua sumber sejarah.
  2. Menghuraikan tiga kaedah penyelidikan sejarah.
  3. Mengemukakan pendapat tentang cara memelihara warisan negara kita.

 

Aktiviti P&P: (Rujuk jadual di bawah)

 

EMK:

  • Perkongsian Sejarah (Memelihara warisan negara)
  • Perkongsian Masa Depan (Mengekalkan warisan negara)
  • Kemahiran Pemikiran Sejarah
  • Memahami Kronologi (Elemen asas sejarah)
  • Meneroka Bukti (Signifikan bukti, Mencari sumber)
  • Kemahiran Interpretasi (Perbandingan masa lalu)
  • Kreativiti & Inovasi
  • TMK

 

Bahan Bantu Belajar: Capaian internet, komputer, projektor LCD, kertas sebak dan buku nota (buku catatan)

 

Penilaian: (Diisi selepas p&p)

 

Refleksi: (Diisi selepas p&p)

 

 

A. FASA PELIBATAN (5 MINIT)

 

Aktiviti:

  1. Murid menonton sedutan filem The Mummy: Tomb of The Dragon Emperor.
  2. Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan sedutan filem tersebut.
  3. Murid mengaitkan jawapan dengan tajuk pelajaran dengan bimbingan guru.

 

Soalan:

  1. Apakah yang kamu tahu tentang filem ini?
  2. Di negara manakah yang menjadi lokasi dalam filem ini?
  3. Apakah bahan-bahan sejarah yang anda lihat dalam filem ini?

 

Catatan:

  • Langkah 1: Menentukan masalah
  • Langkah 2: Membina hipotesis
  • KPS
  • Memahami Kronologi (Elemen asas sejarah)
  • EMK - (Keusahawanan, TMK)
  • Memuat turut video klip The Mummy: Tomb of The Dragon Emperor

 

 

B. FASA PENEROKAAN (25 MINIT)

 

Aktiviti:

  1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.
  2. Murid mencari maklumat melalui kajian perpustakaan, kajian internet atau rujukan buku teks tentang sumber sejarah dan kaedah penyelidikan sejarah.
  3. Murid menganalisis maklumat yang diperoleh dan menterjemah hasil dapatan ke dalam bentuk peta pemikiran i-Think.

 

Contoh soalan:

  1. Apakah yang dikatakan sumber pertama dan sumber kedua?
  2. Apakah kaedah penyelidikan sejarah?
  3. Bagaimanakan untuk membezakan sumber pertama dan sumber kedua?
  4. Apakah kepentingan sumber dalam penyelidikan sejarah?

 

Catatan:

  • Langkah 3: Menguji hipotesis
  • KPS
  • Meneroka Bukti (Signifikan bukti, mencari sumber)
  • KBAT (Menganalisis)

 

 

C. FASA PENERANGAN (20 MINIT)

 

Aktiviti:

  1. Murid secara berkumpulan membuat pembentangan tentang sumber sejarah dan kaedah penyelidikan sejarah.
  2. Murid daripada kumpulan lain memberi perhatian dan membuat catatan.
  3. Murid dari kumpulan yang lain bersoal jawab dengan kumpulan yang membentang.
  4. Murid diberi lembaran kerja tentang cara memelihara warisan negara

 

Catatan:

  • Langkah 3: Menguji hipotesis
  • Dimensi Kewarganegaraan
  • Perkongsian Masa Depan (Mengekalkan warisan negara)
  • KPS
  • Memahami Kronologi (Elemen asas sejarah)
  • KBAT (mengaplikasi)
  • ENT (Keusahawanan)

 

 

D. FASA PENGEMBANGAN (15 MINIT)

 

Aktiviti:

  1. Murid diberi lembaran kerja tentang cara memelihara warisan negara
  2. Murid bersoal jawab dengan guru mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan.
  3. Murid mendengar ulasan guru tentang aktiviti pada hari ini.

 

Contoh soalan:

  1. Apakah cadangan atau pandangan anda dalam memelihara sumber sejarah sebagai warisan negara?
  2. Sebagai generasi muda, mengapa kita perlu mengamalkan sikap ambil tahu dan menghargai warisan negara?
  3. Apakah yang akan terjadi sekiranya warisan ini terbiar dan pupus?

 

Catatan:

  • KPS
  • Kemahiran Interpretasi (Perbandingan masa lalu)
  • KBAT - (Menganalisis)
  • EMK - (Keusahawanan)

 

 

E. FASA PENILAIAN ( 5 MINIT)

 

Aktiviti:

  1. Murid diminta merumus kepentingan sumber dan kaedah penyelidikan dalam disiplin ilmu sejarah

 

Contoh soalan:

  1. Mengapa anda fikir kesahihan dan ketepatan sumber sejarah penting apabila membuat kaijan?
  2. Apakah yang boleh dibuktikan melalui kaedah penyelidikan sejarah?
  3. Apakah kesan bila sumber sejarah disalahguna?

 

Catatan:

  • Dimensi Kewarganegaraan
  • Berbangga dengan warisan negara
  • KPS
  • membanding beza
  • KBAT - (Menilai)
  • EMK - (Kreativiti dan Inovasi)

 

 

Rujukan

Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

 

Tag Inkuiri RPH Fasa

Reflection

Berapa fasakah yang terdapat dalam pelaksanaan Inkuiri?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Fasa manakah yang memerlukan murid untuk merumus kepentingan sumber dan kaedah penyelidikan dalam disiplin ilmu sejarah?

Nyatakan satu (1) contoh soalan yang boleh digunakan dalam fasa penerokaan.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson