Pelaksanaan Inkuiri: Sains KSSR Tahun 2

Pelaksanaan Inkuiri: Sains KSSR Tahun 2

Share this post

INKUIRI

 

  • Merupakan satu pendekataan dimana pelajar menggunakan penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan dan kefahaman sendiri.

 

  • Pelaksanaan ini berasaskan projek, penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif.

 

  • Berfokus kepada learning by doing yang melibatkan murid, melaksanakan aktiviti penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baru.

 

  • Kemahiran ini diperlukan oleh setiap murid untuk menguasai pengetahuan sepanjang hayat.

 

  • Membantu penguasaan pelbagai kemahiran aras tinggi seperti kemahiran saintifik, kemahiran insaniah, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan.

 

 

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN: SAINS KSSR TAHUN 2

 

Mata Pelajaran: Sains

 

Bilangan Murid: 30 orang

 

Kelas: Tahun 2

 

Tema/Topik/Modul: Komponen Ajaib

 

Masa: 60 minit

 

Standard Pembelajaran: Litar elektrik lengkap

 

Objektif Pembelajaran:

 1. Mengenal pasti komponen mentol, wayar, sel kering, pemegang mentol dan suis.

2. Membina litar elektrik lengkap dengan mentol menyala.

3. Membandingkan kecerahan mentol apabila sel kering bertambah 4. Menjelaskan pemerhatian litar elektrik lengkap melalui lakaran, penulisan, TMK atau lisan.

 

Aktiviti P&P:

  • Set induksi menggunakan kaedah penyoalan berdasarkan situasi yang diberikan.
  • Pembelajaran menggunakan aktiviti inkuiri berstruktur. (Rujuk jadual di bawah)

 

EMK:

  • Semangat keusahawanan
  • Kreativiti dan inovasi

 

Bahan Bantu Belajar: Lampu suluh, sampul mengandungi gambar komponen elektrik, sel kering, mentol, wayar dan suis

 

Penilaian: (Diisi selepas p&p)

 

Refleksi: (Diisi selepas p&p)

 

 

A. FASA PELIBATAN (10 MINIT)

 

Aktiviti:

  1. Lampu suluh di bekalkan kepada setiap kumpulan.
  2. Murid diminta menyala dan mematikan lampu suluh itu.
  3. Kemudian guru meminta mengeluarkan satu komponen daripada lampu suluh tersebut.
  4. Murid dan guru bersoal jawab.

 

 Soalan guru:

 

Guru: Sebutkan objek yang dikeluarkan.

Murid: (Contoh: Bateri.)

Guru:Apakah yang berlaku?

Murid:Lampu akan padam.

Guru:Kenapa lampu padam?

Murid:Tiada bateri (contoh jawapan dari murid)

 

Catatan:

  • Ahli dalam kumpulan mesti dalam bilangan yang kecil 3 hingga 4 orang sahaja.

 

 

B. FASA PENEROKAAN (30 MINIT)

 

Aktiviti:

  1. Murid diperkenalkan bateri, mentol, wayar dan suis.
  2. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil.
  3. Setiap kumpulan dibekalkan pemegang sel kering, sel kering, mentol, wayar dan suis.
  4. Murid diminta membina satu litar dan mentol boleh menyala.
  5. Kumpulan yang berjaya menyalakan mentol akan diberikan tambahan sebiji sel kering.

 

Catatan:

  • Penerokaan murid ialah dengan menyambung setiap komponen yang dibekalkan.
  • Aktiviti menyalakan mentol merupakan satu penemuan.
  • Kumpulan yang gagal mentolnya menyala akan berusaha mendapatkan cara daripada kumpulan yang berjaya.

 

 

C. FASA PENERANGAN (20 MINIT)

 

Aktiviti:

  1. Setiap kumpulan berkongsi maklumat yang diperoleh:
  2. Murid diminta merekod kecerahan mentol.
  3. Litar yang dibina sesetengah kumpulan mentolnya menyala dan lain mentolnya tidak menyala.
  4. Murid diminta mengitlak tentang litar elektrik yang telah dibina.

 

Catatan:

  • Jadual perbandingan kumpulan untuk merekod tentang mentol menyala atau tidak.
  • Guru membimbing murid mengitlak dengan menggunakan litar tertutup dan litar terbuka.

 

 

D. FASA PENGEMBANGAN (15 MINIT)

 

Aktiviti:

  1. Setiap murid diberikan sampul surat mengandungi gambar komponen-komponen elektrik.
  2. Murid diminta menyusun untuk membina litar elektrik berdasarkan gambar.

 

Catatan:

  • Aktiviti pengukuhan dan menggunakan gambar perkenalan awal kepada simbol elektrik pada Lembaran Kerja

 

 

E. FASA PENILAIAN

 

Aktiviti:

  1. Perbincangan dalam kumpulan untuk menjawab soalan diberi.

 

Soalan:

  1. Bagaimanakah anda ketahui litar yang dibina itu lengkap?
  2. Mengapakah kadang kala mentolnya tidak menyala?
  3. Adakah litar yang dibina itu litar terbuka?
  4. Namakan komponen yang menjadikan litar terbuka.

 

Catatan:

  • Bimbingan guru kepada litar terbuka dan litar tertutup.

 

Jangkaan jawapan murid:

  • Mentol menyala apabila litar itu lengkap.
  • Bateri lemah, salah sambungan, mentol rosak, suis tidak bersambung.
  • Tidak, litar tertutup.
  • Suis.

 

 

Rujukan

Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

 

Tag Inkuiri RPH Fasa

Reflection

Apakah yang anda faham tentang Inkuiri?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Antara berikut, fasa manakah yang melibatkan perbincangan dalam kumpulan untuk menjawab soalan diberi?

Nyatakan salah satu (1) objektif pembelajaran.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson