Pelaksanaan Inkuiri: Matematik KSSM Tingkatan 1

Pelaksanaan Inkuiri: Matematik KSSM Tingkatan 1

Share this post

INKUIRI

 

  • Merupakan satu pendekataan dimana pelajar menggunakan penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan dan kefahaman sendiri.

 

  • Pelaksanaan ini berasaskan projek, penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif.

 

  • Berfokus kepada learning by doing yang melibatkan murid, melaksanakan aktiviti penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baru.

 

  • Kemahiran ini diperlukan oleh setiap murid untuk menguasai pengetahuan sepanjang hayat.

 

  • Membantu penguasaan pelbagai kemahiran aras tinggi seperti kemahiran saintifik, kemahiran insaniah, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan.

 

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN: MATEMATIK KSSM TINGKATAN 1

 

Matematik: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) - Minuman Kegemaranku

 

Inkuiri Terbimbing: Isu ditentukan oleh guru. Murid menentukan kaedah penerokaan dan memerlukan bimbingan guru

 

 

A. FASA PELIBATAN (CADANGAN MASA: 1 JAM WAKTU P&P)

 

Aktiviti:

  1. Bentukkan kumpulan yang terdiri daripada 4 – 6 murid.
  2. Edarkan lembaran “Murid” kepada setiap murid.
  3. Murid baca dan cuba fahamkan masalah yang diberi.
  4. Murid diminta mengulas tentang pemahaman mereka selepas membaca masalah tersebut.
  5. Berdasarkan ulasan murid, guru membincangkan kandungan matematik, proses/ pemikiran dan kemahiran yang terlibat serta sumber yang boleh digunakan.
  6. Akhir sekali, setiap kumpulan mengisi lajur pertama pada templat pembelajaran masing-masing.
  7. Guru semak dan memastikan pengisian lajur pertama betul dan dapat membantu murid menyelesaikan masalah.
  8. Maklumkan murid bahawa tempoh 7 hari bermula selepas lajur pertama diisi. Jadual seperti Gantt Chart boleh diperkenalkan untuk membantu murid menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan.
  9. Nasihatkan setiap kumpulan supaya membincang dan melengkapkan lajur kedua, ketiga dan keempat pada templat pembelajaran dengan secepat yang mungkin dan hantar untuk dibincangkan bersama guru sebelum tindakan diambil.

 

 

B. FASA PENEROKAAN (MASA: 7 HARI)

 

Aktiviti:

  1. Setiap kumpulan mula melaksanakan tugasan (misalnya mengumpul maklumat/ data, mereka bentuk pembungkus, menyediakan kertas kerja/PowerPoint dan menyiapkan model) berdasarkan templat pembelajaran yang telah disediakan

 

Nota:

  • Murid digalakkan mendapat bimbingan guru, jika perlu, semasa melaksanakan perancangan mereka dalam template pembelajaran. Bimbingan guru boleh berlaku semasa atau di luar waktu p&p matematik. Keseluruhan fasa ini perlu dilengkapkan dalam tempoh 7 hari persekolahan seperti yang dinyatakan dalam masalah.

 

 

C. FASA PENERANGAN (CADANGAN MASA: 1 JAM WAKTU P&P)

 

Aktiviti:

  1. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja masing-masing.
  2. Peruntukkan masa untuk sesi soal jawab/perbincangan (antara guru dan murid dengan kumpulan yang membentang)

 

 

D. FASA PENGEMBANGAN (CADANGAN MASA: 1 JAM WAKTU P&P)

 

Aktiviti:

  1. Bincangkan cara menentukan luas bentangan minimum dan kepentingan pengetahuan ini dalam kehidupan harian seperti menjimatkan kos. Di samping ini, guru boleh juga membincangkan bahan yang digunakan untuk pembungkus seperti kertas atau plastik dari aspek mesra alam.

 

 

E. FASA PENILAIAN

 

Aktiviti:

  1. Penilaian berlaku di semua fasa, iaitu Penglibatan, Penerokaan, Penerangan dan Pengembangan.

 

Nota:

  • Gunakan borang penilaian yang disediakan.
  • Guru menilai hasil kerja setiap kumpulan
  • Guru menilai setiap murid dalam kumpulan
  • Setiap kumpulan menilai kumpulan lain
  • Setiap murid menilai diri sendiri dan ahli kumpulan

 

 

 

Rujukan

Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

 

Tag Inkuiri RPH Fasa

Reflection

Apakah yang anda faham tentang Inkuiri?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Fasa manakah yang memerlukan pelajar untuk membuat pembentangan dan berlakunya sesi soal jawab?

Fasa manakah yang membincangkan bahan yang digunakan untuk pembungkus?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson