Pelaksanaan Inkuiri: Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 1

Pelaksanaan Inkuiri: Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 1

Share this post

INKUIRI

 

  • Merupakan satu pendekataan dimana pelajar menggunakan penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan dan kefahaman sendiri.

 

  • Pelaksanaan ini berasaskan projek, penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif.

 

  • Berfokus kepada learning by doing yang melibatkan murid, melaksanakan aktiviti penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baru.

 

  • Kemahiran ini diperlukan oleh setiap murid untuk menguasai pengetahuan sepanjang hayat.

 

  • Membantu penguasaan pelbagai kemahiran aras tinggi seperti kemahiran saintifik, kemahiran insaniah, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan.

 

 

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN: BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 1

 

Kemahiran bahasa: MENULIS

 

Tingkatan: 1

 

Masa: 60 minit

 

Tema/Tajuk: Obesiti Kanak-kanak: Di manakah peranan ibu bapa?

 

Standard Kandungan:

3.6 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan grafik.

 

Standard Pembelajaran:

3.6.1 Menulis untuk mengolah maklumat daripada bentuk prosa kepada bentuk ilustrasi dengan tafsiran yang betul.

 

Objektif Pengajaran & Pembelajaran:

  • Pada akhir pengajaran, murid dapat:
  • Menulis dan mengolah maklumat mengenai obesiti dalam kalangan kanak-kanak dalam bentuk ilustrasi dengan menggunakan bahasa yang betul dan bertatasusila.

 

Elemen Merentas Kurikulum:

  • Ilmu:
  • Pendidikan Kesihatan
  • Nilai:
  • Bertanggungjawab
  • Hormat menghormati
  • Kemahiran:
  • KBAT - Mengintegrasi, mentafsir, membuat refleksi
  • TMK - Menghasil kan bahan grafik mengenai obesiti menggunakan aplikasi power point atau word.

 

 

A. FASA PELIBATAN (10 MINIT)

 

Aktiviti:

1. Guru mempamerkan gambar berkaitan obesiti.

2. Sumbang saran murid mengenai gambar tersebut.

3. Guru bertanya soalan yang membawa kepada perbincangan lebih lanjut:

  • Apakah yang anda ingin tahu daripada gambar ini?
  • Apa yang anda sudah tahu?
  • Bagaimana anda tahu?

4. Murid mengemukakan soalan berkaitan gambar tersebut dan mencatatkannya di dalam bingkai rujukan

 

Catatan:

  • Gambar dua orang kanak-kanak berbeza saiz fizikal
  • Peta bulatan

 

 

B. FASA PENEROKAAN (20 MINIT)

 

Aktiviti: Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil. Setiap orang dalam kumpulan diberi satu artikel bertajuk: Obesiti Kanak-kanak: di manakah peranan ibu bapa?

  1. Murid dikehendaki membaca dengan teknik imbasan dan KWLH (Know, What, Learn, How)
  2. Murid dikehendaki menjalankan sumbang saran membincangkan perkataan, istilah atau frasa yang berkaitan dengan topik.
  3. Murid mencatat dapatan perbincangan dalam lajur K carta KWLH
  4. Murid membina soalan mengenai maklumat yang ingin diketahui mengenai topik dan mencatatkan soalan tersebut dalam lajur W.
  5. Murid melakukan pembacaan. Semasa atau selepas membaca teks, pelajar mengisi lajur L untuk menjawab soalan yang telah disenaraikan oleh mereka dalam lajur W dan maklumat baharu ini telah dipelajari /yang menarik.
  6. Tidak semua soalan murid dalam lajur W terdapat dalam teks. Catat maklumat yang tiada dalam Lajur H. Murid merujuk bacaan tambahan daripada sumber lain untuk mencari jawapan kepada soalansoalan yang jawapannya tiada dalam teks.
  7. Murid berbincang dan menghasilkan grafik visual bagi menjawab soalan-soalan yang telah dibina di dalam Lajur W.

 

Catatan:

  • Artikel
  • Kertas sebak
  • Pen marker
  • Rajah KWLH

 

 

C. FASA PENERANGAN (10 MINIT)

 

Aktiviti:

  1. Murid memaparkan hasil kerja di dinding kelas
  2. Ketua kumpulan akan berdiri di samping hasil kerja
  3. Ahli kumpulan lain akan melawat hasil kerja kumpulan lain
  4. Ahli kumpulan menambah baik hasil kerja kumpulan hasil daripada dapatan lawatan kumpulan lain

 

Catatan:

  • Gallery Walk.
  • Guru dan murid meminta justifikasi atas jawapan yang telah dipamerkan.

 

 

D. FASA PENGEMBANGAN (10 MINIT)

 

Aktiviti:

  1. Murid diminta membentangkan hasil kerja kumpulan
  2. Ahli kumpulan lain mengemukakan soalan kepada kumpulan pembentang untuk menambahkan maklumat dan idea
  3. Murid diminta mencadangkan menu makanan sihat yang lengkap untuk satu hari.

 

Catatan:

  • Pembentangan kumpulan
  • Soalan bimbingan daripada guru:
  • Kenapa anda berfikir demikian?
  • Apakah sumber maklumat yang anda perolehi?

 

 

E. FASA PENILAIAN (10 MINIT)

 

Aktiviti:

  1. Murid membuat refleksi mengenai masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak berdasarkan ilustrasi yang dihasilkan.

 

Catatan:

  • Guru mengajukan soalan terbuka seperti:
  • Kenapakah anda berfikir demikian?
  • Apakah bukti yang menyokong dapatan anda?

 

 

 

Rujukan

Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

 

Tag Inkuiri RPH Fasa

Reflection

Apakah yang anda faham tentang Inkuiri?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Fasa manakah yang memerlukan guru untuk mempamerkan gambar berkaitan obesiti?

Nyatakan aktiviti yang dilakukan oleh murid pada fasa penilaian?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson